Hiburan By: Izzi Farhana March 27, 2023 @ 4:23pm

Kolaborasi Siti Nordiana Dan Saujana Memberikan Nafas Baharu Lagu “Keluarga Bahagia”

Lagu nasyid popular berjudul “Keluarga Bahagia” nyanyian kumpulan saujana genap selama 26 tahun sejak ia dikeluarkan pada 1997 menerusi album sulung mereka, ‘Saujana’.

Walaupun lagu “Keluarga Bahagia” telah lama dikeluarkan tetapi masih lagi meniti di bibir peminat dan juga pencinta muzik tanah air.

Bersempena dengan sambutan Ramadan tahun ini, lagu “Keluarga Bahagia” dilancarkan semula dengan versi baharu yang diberi sentuhan yang yang lebih menarik menampilkan kolaborasi Saujana dan penyanyi ternama, Siti Nordiana.

Salah seorang Ahli Kumpulan Saujana, Suffian Amrin berkata, pihaknya berbesar hati apabila Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana mahu berkolaborasi menerusi lagu “Keluarga Bahagia” ini.

“Sebelum ini, Nana pernah berduet dengan Ustaz Shahrizan menerusi lagu zikir Hasbi Rabbi, jadi tahun ini perancangan Nana dan pasukannya ialah untuk berduet lagu Keluarga Bahagia pula. Bila dipelawa, kami berasa sangat berbesar hati dan terus bersetuju. Cuma cabarannya adalah dari segi rakaman gandingan penyanyi-penyanyi dari dua jantina dan susunan lagu ini juga sangat berbeza dari yang asal.

“Ini kerana ia membabitkan dua ‘tone’ suara yang berbeza. Bila kami sudah bersetuju untuk berduet, kami teruskan rakaman walaupun terpaksa menjalani sesi rakaman di tiga studio yang berbeza disebabkan perbezaan jadual antara kami semua. Alhamdulillah, lagu dan muzik video akhirnya selesai dirakamkan dan bakal dilancarkan bulan Ramadan ini.

“Susunan lagu ini dibuat oleh Zimi yang juga bertindak sebagai penerbit. Susunan lagu dibuat secara moden dengan genre muzik balada. Mesej lagu akan kepentingan hidup kekeluargaan dikekalkan dan susunan lagu yang dibuat menepati cita rasa pendengar kini,” katanya.

Lagu “Keluarga Bahagia (2023)” terbitan Seventeen Eleven Music akan dilancarkan pada hari Jumaat, 24hb Mac dan boleh mula distrim di semua perkhidmatan striming muzik pada hari tersebut.

Video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh mula ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada hari yang sama jam 3 petang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Aug 2023
Trending Sat, 31 Jul 2021

Apa Kesudahan Drama Ayahanda? Jangan Lupa Saksikan Episod Akhir Malam Ini!

Drama Ayahanda mendapat perhatian ramai semenjak ia mula bersiaran dan menemui penonton pada 10 Julai lalu. Selain memaparkan jalan cerita yang tidak klise, aksi pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, […]

Hiburan Mon, 20 Jan 2020
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Sasterawan Negara, Prof. Shahnon Ahmad Meninggal Dunia

Sasterawan negara, Profesor Emeritus Datuk Shannon Ahmad meninggal dunia pada usia 84 tahun. Menurut laman Facebook Dewan Sastera, Shannon menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8 pagi selasa di Hospital KPJ, Kajang. Anank bongsunya, Asrulsani, 54, […]

Featured Mon, 18 Apr 2022
Hiburan Thu, 16 Sep 2021

“Isteri Dah Bersalin, Saya Masih Pregnant” – Fazley Yaakob Dedah Hilang 30 KG, Badan Slim Tapi Lembik & Gemuk Air

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan beratnya turun sebanyak 30 kilogram (kg) tetapi badannya masih lembik dan ‘gemuk air’. Berkongsi perubahan bentuk badannya sebagai motivasi di laman Instagram, semuanya bermula ketika Fazley menemani […]

Featured Tue, 15 Jun 2021

Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar […]

Trending Mon, 1 Mar 2021
Trending Tue, 24 Nov 2020