Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 27, 2023 @ 11:03pm

Terkejut Mengetahui Konflik Rumah Tangga Abang, Fadzil Zahari Harap Farid Kamil Tabah

Pelakon Fadzil Zahari terkejut selepas mendengar berita mengenai krisis rumah tangga yang dilalui oleh abangnya, aktor Farid Kamil.

Menurut Fadzil, dia tidak dapat mengesan sebarang tanda abangnya sedang menghadapi masalah perkahwinan dengan aktres Diana Danielle.

“Kami baca berita itu pun, kami terkejut juga. Jadi kita nak tanya tuan badan. Kita pun tak tahu macam mana.

“Orang ramai pun turut terkejut dengan berita ini, kami sekeluarga pun turut terkejut. Tak ada apa-apa tanda atau bayangan.

“Kali terakhir jumpa dalam bulan lalu. Kami berjumpa pun bersembang biasa sahaja. Apa yang kami boleh buat, kami sokong dia.

“Seperti baru-baru ini dia cakap dia rindukan anak. Sebagai adik, saya dan Yana memberikan kata-kata positif supaya dia bersabar,” katanya.

Tambah Fadzil, mereka sekeluarga sentiasa mendoakan agar Farid sentiasa sabar dan tabah.

“Saya mendoakan supaya mereka dapat mencapai kata sepakat dan kata putus yang terbaik.

“Kita tak boleh tengok antara dua pihak sahaja, kena tengok anak-anak juga. Jadi apa sahaja keputusan, harus mengambil kira semua perkara.

“Jadi kami sampaikan kepada mak sahaja yang menghubungi Kamil agar dia sabar dan tabah. Kami sentiasa doakan dia,” katanya lagi.

Fadzil yang ditemani isterinya, Yana Samsudin ditemui di rakaman program Melodi Raya 2023 di Cyberjaya, sebentar tadi.

Tambah Yana pula, mereka sebagai keluarga menjadi sistem sokongan untuk Farid mengharungi sebarang dugaan.

“Dalam group WhatsApp keluarga pun, kami beri kata-kata positif, kami tak sebut pun mengenai perkara itu.

“Bila orang tu minta nasihat, baru kita cakap, kalau tak ada, kita pun tidak memandai-mandai. Jadi kita sebagai keluarga, jadi sistem sokongan, kami harus berikan perkara positif,” katanya.

Terdahulu, khabar perceraian pasangan ini timbul selepas Diana dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi Isnin.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dijangka bakal berlangsung esok.

Berkahwin pada November 2012, Farid dan Diana dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Oct 2022

“Mana Satu Yang Real….” – Haqiem Stopa Bertemu ‘Kembar’?

Personaliti TikTok dan juga ikon permotoran, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Bin Jaafar, 22 sudah tidak asing lagi di kalangan generasi belia pada masa kini. Sering menjadi bahan cemuhan oleh warganet Haqiem […]

Featured Wed, 10 Aug 2022

Didakwa Lupa Diri Selepas Capai Populariti, Ini Respons Iman Troye – “Apa Yang Berlaku Disebabkan…”

“Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi” – Iman Troye

Trending Fri, 1 Nov 2019

GOT Fans, Are You Ready For The Next Throne? Game Of Throne’s Prequel ‘House Of Dragon’ Will Be Coming Soon On HBO

Game of Thrones fans, are you ready for this prequel to put you on tenterhooks?

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Saya Belum Layak Bergelar Jutawan – Shuib Sepahtu

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu berasa takut digelar jutawan hanya disebabkan ada beberapa jenis bisnes. “Siapalah saya ni, hanya penyampai radio dan makan gaji. Buat bisnes pun biasa-biasa saja, kadang kala untung dan rugi. […]

Events Sun, 22 Dec 2019

大马人精通多种语言!桐瑶笑称来马开唱像考试

「小邓丽君」的桐瑶重现昔日陨落巨星的多首经典曲目,引领着大马歌迷们一起坠入时空隧道,感受邓丽君在世时的乐坛传奇。

Featured Tue, 2 Feb 2021
Trending Mon, 12 Jul 2021

Tampil Dengan Single ’Aku Budak Boy’, Neon Band Band Tumpang Populariti Lagu ’Aku Budak Girl’?

Lagu ‘Aku Budak Girl’ daripada bintang Tik Tok, Suekhaizhar telah menjadi antara lagu paling popular tahun ini dengan pencapaian video #1 paling trending di YouTube untuk satu tempoh yang panjang dan jumlah tontonan video lirik […]

error: Content is protected !!