Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 31, 2023 @ 9:09am

Bergelar Hos Baharu, Izzue Islam Kemudi Muzik Muzik 38

Program hiburan yang memaparkan carta mingguan lagu terbaik di Malaysia terbitan TV3 kini telah memasuki edisinya yang ke-38!

Setia membawakan lagu terbaik ke dalam carta menerusi undian peminat secara mingguan, program Muzik Muzik 38 kini menjanjikan pengisian yang lebih menyeronokkan bersama wajah baharu, Izzue Islam, bermula 2 April, setiap hari Ahad, pukul 12.00 tengahari di TV3, dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Selebriti serba boleh Izzue Islam yang pernah mengacarakan program hiburan TV3 seperti Melodi dan I Can See Your Voice 5 kini bakal mengemudikan program Muzik Muzik yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan.

Terbaharu kali ini, edisi Muzik Muzik 38 juga bakal memaparkan segmen khas untuk para peminat industri muzik tempatan melalui segmen Muzik Mania.

Segmen terbaharu Muzik Mania pasti akan menarik perhatian para penggemar konsert tempatan. Dalam segmen ini, Muzik Muzik 38 akan menampilkan jemputan khas daripada pemuzik tanah air untuk berkongsi tentang info terkini dan konsert yang bakal berlangsung di dalam negara.

Lebih istimewa lagi, penonton juga dapat merebut peluang untuk memenangi tiket untuk ke acara-acara muzik yang dianjurkan melalui segmen Muzik Muzik tersebut.

Antara segmen lain yang terus disajikan di program ini adalah sesi temu bual studio bersama artis jemputan secara santai, pencalonan baharu mingguan, dan carta lagu mingguan yang diundi oleh para penggemar muzik.

Studio Muzik Muzik juga dirancakkan dengan persembahan nyanyian lagu siulan ramai yang memasuki carta. Teruskan menonton Muzik Muzik dan mengundi lagu kegemaran anda untuk ditandingkan di acara muzik berprestij tahunan, Anugerah Juara Lagu.

Sidang produksi Muzik Muzik 38 diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Aeizul Reeza Ismail sebagai Penerbit, manakala Izzue Islam tampil sebagai hos terbaharu program.

Teruskan menonton Muzik Muzik 38 untuk mendapatkan carta lagu terhangat di Malaysia setiap hari Ahad, pukul 12.00 tengahari di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. Undian lagu kegemaran anda ke Carta Top 20 juga boleh dibuat setiap hari Ahad, pukul 12.00 tengahari hingga Khamis, 12.00 tengahari di https://www.xtra.com.my/muzikmuzik/.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Trending Fri, 29 May 2020
Featured Tue, 17 May 2022
Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Menang ABPBH 35, Amir Ahnaf Tak Sabar Lebarkan Sayap Ke Indonesia & Hollywood!

Wowww, Amir nak terbang berlakon dekat Hollywood? Cayalah ek bukan biasa biasa

Featured Tue, 30 Jul 2024
Trending Tue, 17 Sep 2019

Mascara on the Daily; Healthy or Fatal?

The secret to a long and luscious eyelashes is a good mascara, but wearing them every single day should be safe right?

Featured Mon, 20 Nov 2023
Featured Mon, 27 Sep 2021
error: Content is protected !!