Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal May 25, 2018 @ 2:29am

Penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Di Temui Maut

Nur Alya Damia ada memaklumkan mahu bertemu teman lelakinya di kawasan berhampiran sebelum keluar kepada Ain Zulaika Zamuri, 19.

Pada kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi, 19, yang juga penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa..

Penuntut Diploma Rangkaian Komputer itu berkata, berikutan tidak sedap hati, dia menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu tidak bertemu Nur Alya Damia.

“Ketika itu, kami hanya melaungkan Allahuakbar dan menangis sekuat hati,” kata Ain Zulaika Zamuri, 19, selepas rakanya yang juga penuntut kolej ditemui mati dipercayai akibat dibunuh, di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, di Port Dickson, semalam.

“Disebabkan itu, saya bersama dua rakan sebilik yang lain bertindak mencarinya dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, kami ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul tepi jalan.

Image result for penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD)

“Saya mendekati kawasan itu dan terkejut apabila mendapati mayatnya (Nur Alya Damia).

“Tidak disangka perkenalan kami begitu singkat kerana kami masih berada di semester pertama,” katanya.

Ain Zulaika berkata, mangsa adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Klang, Selangor.

Sementara itu, saksi kejadian Izwan Mustaffa, 30 berkata, dia menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya.

Dia yang ketakutan kemudian memaklumkan jiran sebelum panggilan dibuat terhadap pihak polis.

Juruteknik kilang itu berkata, dia terkejut apabila pihak polis yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, sepasukan anggota forensik bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam.

Katanya, pemeriksaan menemui kesan jerut pada leher mangsa dan remaja itu dipercayai dibunuh.

“Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Sep 2022

Azrel Ismail Pernah Dicurangi, Kini Pilih Untuk Curang?

Eh pilih untuk curang? Kenapa pulak tu? 🙀

Trending Mon, 16 Mar 2020

[Terkini] “Tiada Solat Jumaat Dan Jemaah Selama 10 Hari Bermula Esok” – Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

Sama-sama kita banyakkan berdoa dan ambil langkah pencegahan untuk mengurangkan wabak ini daripada terus merebak okay?

Trending Thu, 23 Sep 2021

“Suami Yang Bersungguh-Sungguh… Ini Perkahwinan Paling Bahagia” – Jarak Usia Tak Halang Cinta Ibu Tunggal 59 Tahun Dengan Jejaka 22 Tahun

Perkahwinan ibu tunggal enam anak, Norlida Mohamed Salleh, 59, dengan Muhammad Sabree Razaman, 22, mendapat perhatian ramai sejak kisah mereka yang dikongsikan di aplikasi TikTok. Jarak usia 37 tahun tidak menjadi penghalang cinta Sabree dan […]

Trending Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Sat, 30 Mar 2024
Featured Sat, 10 Sep 2022
Featured Sun, 8 Dec 2024

“Modeling Bukan Dunia Saya Lagi”- Zahnita Wilson Tolak Tawaran Bernilai RM150,000

Saya mahu beri tumpuan pada bisnes pie dan anak-anak, bukan di pentas modeling lagi” -Zahnita

Trending Tue, 14 Jul 2020
error: Content is protected !!