Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 4, 2023 @ 11:38am

Ustaz Wadi Annuar Tampil Perjelas Isu Surat Tauliah – “Saya Tidak Pernah Dipelawa, Jumpa Exco & JAIPs”

Penceramah bebas Ustaz Wadi Annuar tampil perjelaskan isu surat tauliah ceramah agama seperti yang dipertikaikan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), baru-baru ini.

Sebelum ini, pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis menyatakan Wadi Annuar enggan membuat permohonan tauliah tersebut selepas sudah beberapa kali ditawarkan dan dipelawa dalam sebuah kenyataan akhbar.

Malah, mereka turut menyatakan tawaran dan pelawaan itu telah dilakukan menerusi sebuah perjumpaan bersama Exco Agama Islam Negeri Perlis dan JAIPs.

Menyedari perkara itu, Wadi Annuar turut terpanggil untuk membuat kenyataan balas dan menafikan segala dakwaan tersebut.

“Ramai yang tanya saya tentang sekeping surat dari Jabatan Agama Islam Perlis, saya dapat ke tidak surat tu, saya terima ke tak tawaran permohonan tauliah dia dalam surat tersebut.

“Tuan-tuan sekalian, kenapa dalam kenyataan rasmi saya, saya sebut saya tidak pernah diperlawa permohonan tauliah melalui perjumpaan Exco Agama Islam Negeri Perlis yang ni yang tak berlaku.

“Dan saya belum pernah mengadakan perjumpaan bersama JAIPs sebelum ini dua itu yang saya nafikan,” katanya.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Wadi Annuar menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, penceramah itu turut meneliti semula kenyataan yang telah dibuat oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Menurut Wadi Annuar, pihak berkenaan mengatakan permohonan tersebut telah ditawarkan dan dipelawa kepadanya menerusi perjumpaan bersama Exco Agama Islam Negeri Perlis bagi memohon tauliah tersebut untuk mereka nilai dulu.

Namun, penceramah tersebut tetap menafikan bahawa dirinya tidak pernah sama sekali berjumpa dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis dan JAIPs untuk berbincang mengenai permohonan tauliah itu.

“Persoalannya sekarang ini, bila saya jumpa Exco Agama Islam Negeri Perlis dan JAIPs? Sebab tu saya nafikan tawaran permohonan tauliah di dalam majlis tersebut.

“Lebih jelas lagi, mereka (Jabatan Mufti) mengatakan mereka nak tengok siapa yang saya nak ceramah. Malah, ketika dua kali perjumpaan bersama JAIPs, mereka ada mengatakan sudah ditegaskan untuk saya minta tauliah tapi kata saya enggan kerana ceramah itu dilakukan di premis peribadi dan sebagainya.

“Bila yang saya jumpa? Majlis mana? mungkin orang lain. Tetapi disebabkan akhbar tersebut nama saya, saya nafikan benda tu.

“Saya tak pernah ditawarkan tauliah sebanyak dua kali itu bersama dengan Exco lagi dengan JAIPs lagi, maka yang itulah yang saya nafikan dalam kenyataan rasmi saya.

“Yang tu sahaja yang saya nak jelaskan supaya kita tidak berburuk sangka. Berbeza pendapat boleh, tetapi jangan sampai mencipta fitnah, tuduhan sesama kita, bercakap benar. Insya-Allah semoga Allah SWT merahmati kita,” jelasnya.

@ustazwadiannuarofficial MENJAWAB KEKELIRUAN ISU SURAT TAULIAH #ustazwadiannuar #perlis #tauliah ♬ original sound – Ustaz Wadi Annuar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Hiburan Tue, 4 Jun 2019

黄浚维领奖学金赴中国深造!获中国流行乐大师班认证

黄浚维领奖学金赴中国深造,获中国流行乐大师班认证「四科状元」流行音乐教育家。

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Featured Sat, 29 Jun 2024

Hefny Sahad Akhirnya Tamat Zaman Bujang

Tahniah Hefny! Moga bahagia hingga ke syurga❤️

Hiburan Thu, 5 Oct 2023

[VIDEO] “Saya Tak Pernah Ada Musuh Dalam Industri” – Tiada Istilah Putus Kawan, Nabila Huda Akui Susah Tinggalkan Sebuah Persahabatan

‘Saya percaya satu hari nanti silaturahim yang terputus sementara itu akan berjumpa kembali’ – Nabila Huda 😢

Filem Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Betul Ke Erwin Dawson Tak Jadi Kawin?

Patah tumbuh, hilang berganti…Apapun semoga Erwin tabah menghadapi ujian.

Featured Thu, 12 Jan 2023

Gara-Gara Berimej Mewah, Didakwa ‘Ditaja’ VVIP… Ini Respons Lia Natalia

Betul ke ‘ditaja’? Ini jawapan tuan empunya badan

Featured Sat, 6 Sep 2025

Individu Didakwa Sebarkan Kebencian, Marissa Dania Ambil Tindakan Undang-Undang?

Marissa ambil tindakan tegas terhadap individu tinggal komen jelik.

Featured Thu, 19 Jun 2025

Irfan Zaini Kongsi Foto Peminat Dibelasah Hingga Berdarah Gara-Gara Watak Malik 

Irfan Zaini berkongsi foto milik peminatnya yang dilaporkan dibelasah hingga berdarah oleh pentaksub ”Malik”.

error: Content is protected !!