Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 5, 2023 @ 4:39pm

Hormati Permintaan Isteri, Aaron Aziz Kunci Mulut… Enggan Ulas Lagi Isu Dengan Syamsul Yusof

Pelakon Datuk Aaron Aziz, 47, mengambil pendirian untuk enggan memberikan lagi komen mengenai kontroversi yang berlaku antara dirinya dengan pengarah Syamsul Yusof.

Aaron bertindak sedemikian untuk terus mengunci mulut bagi menghormati permintaan isteri, Datin Diyana Halik.

“Saya tak ada komen, benda sudah habis kot. Sebab isteri saya kata jangan berikan apa-apa kenyataan lagi dan saya menghormati permintaannya.

“Jadi cukuplah. Mungkin dia tahu perangai suaminya bagaimana,” katanya kepada XTRA.

Ketika disoal mengenai jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka berdua, Aaron secara umum menitipkan pesanan agar dia memohon maaf kepada ibu bapa terlebih dahulu.

“Tak ada sebarang konfrontasi… Saya cakap secara umumlah, minta maaf kepada mak dan bapa (Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam) terlebih dulu.

“Ramai orang kata ini semua marketing, tujuan pemasaran. Tak ada. Saya jenis tak ada marketing buat buat cerita bodoh.

“Saya jenis senyap, tapi orang sudah buka mulut jadi saya terpaksa buat perkara sama,” katanya yang kini sedang menjalani penggambaran filem berjudul Syerif yang diarahkan oleh adik Syamsul, Syafiq Yusof.

Aaron ditemui pada Majlis Pelancaran & Jualan Promosi pembukaan Jakel di Shah Alam, hari ini.

Selain Aaron yang bertindak sebagai duta jenama, majlis itu turut dihadiri oleh Nabil Ahmad serta Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel selaku Pengarah Urusan.

“Selepas musnah dalam kejadian kebakaran awal tahun ini, kami membuka gedung baharu terletak 200 meter dari premis lama yang sebelum ini. Ia terletak bersebelahan Hospital Shah Alam.

“Kami turut menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa. Apapun kami bersyukur kepada Allahkerana dengan izinnya, kami sempat membuka premis baharu sebelum ketibaan Aidilfitri.

“Selari dengan inisiatif dan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihaknya turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel, baru-baru ini dengan harga mampu milik dan menarik,” kata Faroz.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Nov 2025

Sharifah Sakinah Cari Tukang Urut Tak Banyak Cakap, Netizen Saran Dapatkan Khidmat Di Penjara Kajang – “Murah & Berbaloi”

Sakinah berkata, dia hanya mahukan sesi urutan yang ringkas, profesional dan bebas daripada ‘ceramah percuma’.

Featured Tue, 13 Dec 2022

Lancar Single Terbaharu ‘One and Only’, Kisah Peribadi Jadi Ilham Alvin Chong

Pelakon dan penyanyi Alvin Chong kembali dengan sebuah lagi karya menarik berjudul ‘One And Only’. Lagu yang diilhamkan dari kisah peribadi Alvin sendiri ini mempunyai makna yang besar buat dirinya. Menurut Alvin, karya terbaharu ini […]

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Ji Suk Jin’s Father Passes Away

May he rest in peace.

Trending Thu, 3 May 2018

5 Tips Jangan Biarkan Haiwan Comel Ini Kurang Kasih Sayang!

Kajian berjaya membuktikan bahawa kucing yang dibela di rumah mampu hidup 4 tahun lebih lama daripada kucing yang dibiarkan di jalanan. Namun, kes pembuangan kucing saban hari, makin meningkat. Mengapa perkara ini terjadi? Maka, kami kongsikan 5 tips untuk memelihara haiwan comel ini.

Selebriti Thu, 19 Oct 2023
Trending Thu, 5 Sep 2019
error: Content is protected !!