Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 6, 2023 @ 12:05pm

[VIDEO] Tak Sampai 24 Jam Bekerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Cabut Lari… Sempat Kebas Tuala

Penyanyi Sharifah Zarina meluahkan rasa kesal apabila pembantu rumah yang diambil daripada agen telah melarikan diri pada pagi tadi.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zarina menyatakan bahawa orang gaji tersebut baru sahaja di ambil pada pukul 10 malam namun telah melarikan diri pada pukul 4 pagi.

“Tak tahulah nak marah ke nak gelak. Ambik pukul 10 malam tadi…. Pukul 4 pagi udah kabur deh… mau ke mana kamu? Udah ada yang nungguin ya. Tak apalah bukan rezeki saya. Harap-harap tak adalah apa-apa barang yang di curi.

“Nak transfer duit kat agent pun tak sempat lagi dah bye bye gitu ya. Nasib baik… kalau takkk… naya diknon,” kongsinya.

Dalam pada itu, Zarina turut menyertakan video rakaman kamera litar tertutup (cctv) rumahnya yang memaparkan wanita tersebut memanjat tembok untuk melarikan diri bersama dua buah beg.

Zarina menegaskan bahawa dia memuat naik insiden ini untuk memberi peringatan dan langkah berjaga kepada sesiapa yang ingin mengambil pembantu rumah.

“Saya up kan ni untuk peringatan kat you all semua kot-kot la ada lagi dia ni muncul nak kerja jadi maid rumah korang. So be alert.

“Susah sungguh nak ambik maid sekarang ya. Gaji 1.5k (permulaan) pun nak lari. Lepas 3 bulan naik lagi gajinya,” kata Zarina.

Malah, pelantun lagu Langit Ketujuh itu memaklumkan bahawa dia hanya memberi tugas seperti menyapu rumah dan mencuci tandas kepada wanita itu.

“Saya cakap kat dia sapu rumahnya seminggu sekali cukup. Cuci toiletnya seminggu 2 kali aja ya udah… jangan fikir-fikir sangat buat kerja rumah.

“Padahal saya sudah bilang kalau ngak serasi cakap je saya hantar balik ke agent terus cepat-cepat tapi tetap mau lari di subuh hari ya,” tulisnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 28 Jan 2019

Pokémon: Catch ‘Em All at Genting Highlands in February

Catch Pokémon The Movie: The Power of Us at Resorts World Genting next month.

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Saya Tidak Suka Tonjol Kehidupan Peribadi

Dalam masa sama, Bront juga tidak merancang untuk mewujudkan akaun media sosial untuk anaknya.

Hiburan Sun, 28 Nov 2021

“Nak Pasang Badan Semula… Tapi Bila Pergi Gym Hairan Perut Tak Kecil” – Anak Kedua Baru Cecah 6 Bulan, Fiza Frizzy Kini Hamil Anak Ketiga

Biarpun anak keduanya baru sahaja berusia enam bulan, pengacara Fiza Frizzy, 33, mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Dedah pengacara rancangan Wow Shop ini, pada awalnya dia agak ragu-ragu sehinggalah dia ditegur oleh kenalannya. […]

Trending Mon, 16 Jul 2018

Rebut Kereta Punya Pasal Punca Suami Naik Tangan?

Mangsa nekad tidak mahu mengalah dan terus masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang hadapan dengan niat untuk menghalang tindakan suspek.

error: Content is protected !!