Featured By: Khairil Khusyairi April 10, 2023 @ 3:15pm

Impian Ziana Zain Beraksi Di Pentas DFP Tercapai – “Lama Saya Nantikan Peluang Ini”

“My dream come true. Lama saya nantikan peluang ini”. Demikian reaksi penyanyi popular, Ziana Zain apabila bakal membuat persembahan pada Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Mei depan.

Bakal berkongsi pentas bersama penyanyi-penyanyi hebat seperti Datuk Hail Amir, Sanisah Huri dan Bob Yusof, Ziana menganggap itu adalah satu peluang yang cukup bermakna buatnya kerana ia merupakan impiannya sejak kecil lagi.

“Sudah tentu ini adalah masa yang terbaik apa bila dapat menyanyi dengan penyanyi lagenda iaitu Sanisah Huri, sangat teruja. Kalau tak ada lagu raya dia di radio, takkan rasa raya.

“Tak boleh bayangkan bila saya dapat peluang berkongsi satu pentas bersama dia, dari kecil saya meminati lagu-lagunya dan kini dapat peluang menyanyi bersama.

“Saya tak dapat gambarkan perasaan ini. Saya sangat bertuah apabila turut ada Hail Amir, dan sudah tentu pada hari tersebut saya dapat bekerjasama semula dengan pengarah muzik, Ahmad Muriz, ia rezeki yang sangat tak disangka-sangka,” luah Ziana teruja.

Ziana ditemui pada sesi temu ramah bersama media di DFP, baru-baru ini.

Ziana Zain dan Ahmad Muriz di sidang media di DFP

Dalam pada itu, Ziana mengakui sedikit berdebar apabila persembahannya itu bakal diiringi oleh kumpulan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang bakal dikemudikan oleh konduktor, Ahmad Muriz Che Rose.

“Saya berharap Aidilfitri kali ini beri satu impak yang besar. Kita tak selalu dapat dengar lagu raya yang dimainkan oleh satu orkestra yang besar.

“Selalu kalau nak menyanyi hanya sekadar ‘minus one’ atau ‘five piece band’. Tetapi kali ini sesuatu yang sangat manis apabila gubahan muzik akan memberi sedikit kelainan kepada penonton.

“Saya sangat berkobar-kobar untuk menantikan persembahan pada malam itu nanti,saya harap semua dapat memberi sokongan kerana ia julung kali diadakan,” tambahnya lagi.

Disoal mengenai persediaan menjelang konsert, pelantun lagu Halaman Asmara itu mengakui sangat mencabar kerana ia dilakukan semasa bulan Ramadan.

“Latihan ketika bulan puasa sangat ‘dry’ sahaja tapi tidak mengapa kerana apa yang pentig kami mahu lihat ia lancar sebab kena hafal lirik dan latihan pernafasan.

“Risau juga sebab hari raya nanti kita makan banyak juga, Insya-Allah apa yang penting perlu fokus sahaja,” kongsinya.

Bagi konduktor Ahmad Muriz, dia dan pasukan akan memberikan yang terbaik seiring dengan kemampuan vokal Ziana biarpun menjalani latihan pada bulan ramadan.

“Kali ini pemilihan muzik sangat bersesuaian dengan Ziana.

“Untuk latihan bulan puasa ini, kami hadkan jumlah latihan kerana kami mahu ia kelihatan segar kepada setiap penyanyi,” ujarnya.

Konsert Raya Sepanjang Zaman bakal diiringi oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO)

Tiket boleh mula dibeli di laman sesawang rasmi www.mpo.com.my atau di kaunter ‘box-office’. Juga boleh ditempah menerusi telefon dengan menghubungi nombor 03-23317007 atau email [email protected].

Harga tiket bermula dari RM218, RM268, RM318, RM368, RM600/RM650 (Meet & Greet).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 May 2018

Jom Lihat Gaya Raya Ala Tun Dr Siti Hasmah

Selain melihat penampilannya yang sentiasa setia di samping suami tercinta, gaya fesyen doktor wanita pertama Malaya ini juga turut mendapat perhatian umum.

Hiburan Tue, 30 May 2023
LIFESTYLE Sat, 19 Jan 2019

6 Makanan Ini Dilarang Makan Mentah

6 Makanan Ini Dilarang Makan Mentah Kerana Bahaya Pada Tubuh

Hiburan Tue, 16 Aug 2022

Lagu Baru Diterima Peminat, Irfan Haris Mahu Ceburi Bidang Lakonan Pula

Nama Irfan Haris pernah menjadi sebutan menerusi lagu hitsnya berjudul Redha. Memiliki vokal tinggi dan meminati genre ‘balada’ membuatkan Irfan selesa dengan karya-karya yang disifatkan ‘sendu. Penyanyi berusia 21 tahun itu kini mempunyai naskhah baharu […]

Hiburan Fri, 22 Feb 2019
Hiburan Thu, 7 Dec 2023