Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 10, 2023 @ 4:46pm

Dihalau Dari Masuk Ke Sekolah, Anak Lelaki Aleeya Zailan Yang Menghidap ADHD Dibuli Bekas Guru – “Dia Kejar Sampai Kereta Dengan Mata Terbeliak…”

Usahawan Aleeya Zailan mendakwa anak lelakinya iaitu Aaron menjadi mangsa buli oleh bekas gurunya sendiri gara-gara kesalahan menendang papan di sekolah sekitar Januari lalu.

Memetik laporan mStar, dia pada awalnya menyalahkan anaknya atas perbuatan tersebut namun tindakan guru menegur Aaron secara kasar tidak dapat diterimanya.

Menurut Aleeya, guru berkenaan sepatutnya lebih memahami memandangkan anaknya itu menghidapi masalah Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) sejak kecil lagi.

“Bukannya Aaron melakukan kesalahan melibatkan pelajar lain, dia cuma tendang papan tanda dan guru berkenaan memarahinya dengan teruk sehingga Aaron takut nak pergi sekolah.

“Aaron pula ada ADHD sejak kecil, jadi apabila kena marah dengan suara tinggi, dia tak boleh terima. Kejadian itu meninggalkan kesan kepada anak saya,” katanya.

Dalam masa sama, Aleeya mendakwa guru tersebut turut mengejar anak lelakinya sehingga ke kereta dan memarahi Aaron dengan mata terbeliak.

Pihak sekolah juga enggan bekerjasama dengan menunjukkan bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk membuktikan kejadian itu.

“Masa kejadian saya berada di luar negara dan Along (penjaga) serta pemandu saya Nampak kejadian yang berlaku malah cikgu itu juga mengejar Aaron sehingga ke kereta dan memarahinya dengan mata terbeliak.

“Pihak sekolah hanya hantar emel memaklumkan kejadian memandang saya berada di luar negara, saya tak dapat hadir ke sekolah dengan kadar segera dan Aaron tidak dibenarkan hadir ke sekolah sehingga saya datang bertemu mereka.

“Saya belum jumpa pihak sekolah. Saya ada minta CCTV namun tidak diberikan. Jadi agak suka nak buat laporan pada pihak kementerian sebab perlu ada bukti kukuh,” jelasnya.

Tidak mahu memperjudikan masa depan anaknya, Aleeya mengambil keputusan menukarkan Aaron ke sekolah baharu.

Namun begitu, Aaron meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bertemu rakan-rakan di sekolah lama.

“Selepas kejadian itu, Aaron tidak dibenarkan ke sekolah sehingga saya berjumpa pihak mereka.

“Disebabkan mereka enggan beri kerjasama tunjukkan CCTV lebih baik saya tukarkan sahaja Aaron ke sekolah lain.

“Cuma dia sedih sebab tak dapat jumpa rakan-rakannya sebelum berpindah ke tempat lain,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

“Saya Tak Tahu Pun Saya Tercalon” – Azira Shafinaz Terkejut Dapat Rangkul Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik

Azira Shafinaz terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang trofi Festival Filem Asia Pasifik ke-61 (FFAP 61) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Zizan Gunakan Platform Media Sosial Untuk Kekal Relevan Sebagai Pelawak

Berbual dengan Zizan, memang tak kering gusi dibuatnya.

Hiburan Mon, 23 Mar 2026
Hiburan Thu, 21 Aug 2025

Serba Putih Macam Pengantin, Amira Othman Dipuji Semakin Berseri – “Ini Betul-Betul Vibes Nak Nikah!”

Amira Othman berseri macam pengantin, netizen wish till jannah dengan Fattah Amin

Trending Mon, 10 May 2021

“Dah Bertahun Tak Makan Pedas, Tapi Masa Hamil Anak Kedua…” – Scha Alyahya

Pelakon dan pengacara terkenal Scha Alyahya mendedahkan dia mengidam makanan pedas ketika hamil anak keduanya, Lyla Amina. Perkara terbabit membawa kepada penghasilan produk sambal garing jenama Schambal yang diusahakan oleh Scha bersama suaminya, pengacara Awal […]

error: Content is protected !!