Euforia Bola 2026
Filem By: Padin April 12, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Seindah Kasih’

Industri media sememangnya mempunyai cabaran yang tersendiri. Filem Tonton original yang terbaharu, ‘Seindah Kasih’ menyoroti kisah enam kaki tangan Media Prima daripada bahagian-bahagian yang berbeza.

Krisis hubungan antara keenam-enam watak yang ditampilkan ini ketara tatkala kesibukan bulan Ramadan melanda. Nazmi (dilakonkan oleh Syafiq Kyle), seorang wartawan akhbar, telah mengutarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Alia (dilakonkan oleh Mimi Lana), pekerja bahagian Digital. Perbalahan antara mereka tercetus kerana Alia telah mengadaptasi laporan Nazmi ke laman TikTok tanpa memberinya kredit.

Rentetan daripada itu, Alia telah mengambil inisiatif untuk mencari berita sendiri demi membuktikan kredibiliti dirinya sebagai pengamal media. Namun, kebetulan pula, Nazmi turut membuat liputan tentang berita yang sama yang dikejar Alia.

Di unit TV pula, Sharifah (dilakonkan oleh Siti Saleha) menggalas tanggungjawab sebagai seorang penerbit. Namun, dia amat bergantung kepada pembantunya, Nina (dilakonkan oleh Shasha Abedul).

Pada saat Nina meletak jawatan, pengurusan hidup dan kerjaya Sharifah menjadi kucar-kacir. Cabaran bagi Sharifah adalah untuk memujuk Nina untuk kembali bekerja dengannya.

Lain pula ceritanya di konti radio. Jamal (dilakonkan oleh Anas Ridzuan) merupakan seorang DJ radio yang telah menempa nama sebagai duo komedi bersama rakannya, Khairul (dilakonkan oleh Luqman Hafidz).

Namun, Khairul telah meninggalkan dunia radio untuk melebarkan sayapnya sebagai pelakon filem.

Dalam salah satu segmen yang dikendalikan oleh Jamal, dia telah menemu ramah Khairul yang hadir untuk mempromosikan filem terbaharunya. Namun, temu ramah itu berubah arus apabila mereka berdua mula bergaduh sewaktu bersiaran ke udara.

‘Seindah Kasih’ juga menampilkan jalan cerita antara Meor (lakonan Mubarak Majid) dan cucunya, Rauf (lakonan Faleeq Fareez). Meor cuba untuk menceriakan cucunya pada bulan Ramadan ini.

Dia menyangkakan yang Rauf menjadi seorang pendiam kerana kecewa bapanya terpaksa bekerja di luar negara pada bulan ini. Namun, hakikatnya adalah masalah yang lebih merunsingkan. Rauf sebenarnya telah dilamun cinta.

Mampukah setiap daripada mereka ini menyelesaikan kemelut yang dihadapi?

Cerita Apa? ‘Seindah Kasih’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Tue, 1 Nov 2022
Trending Mon, 16 Apr 2018

Pelik! Wedding Dress Unik Alaf Baru Ini Curi Perhatian

Rekaan baju pengantin ini dikatakan unik dan lain daripada lain! Mungkin boleh beri inspirasi untuk yang bakal bergelar raja sehari?

Events Sat, 26 Nov 2022

SFMM37: Wani Kayrie & Ahmad Syafiq Akan Terus Pikul Tugas Penyanyi Gantian Jika Bolos Ke AJL

Pasangan duet, Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq mahu terus memikul tugas sebagai penyanyi gantian sekiranya lagu ini mempunyai rezeki untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37). Wani dan Syafiq membawakan lagu Berakhirlah Pencarianku […]

Featured Wed, 22 Mar 2023

[VIDEO] Nasihat Para Wanita Untuk Tak Mengungkit & Ikhlas Maafkan Lelaki, Netizen Kritik Watie Hanifiah – “Belum Kena Kat Batang Hidung…”

‘Kesabaran lelaki akan tercabar kalau kita mengungkit’ – Watie Hanifiah.. Ha apa pendapat korang?

Trending Wed, 20 May 2020
error: Content is protected !!