Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 11, 2023 @ 2:09pm

“Kayanya! Dia Buat Macam Hot Wheels Je Kan…” – Nynaa Harizal Curi Perhatian, Netizen Terpegun Tengok Koleksi Kereta Mewah Milik Suami

Pelakon Nynaa Harizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi hantaran di laman sosial miliknya yang memaparkan suaminya, Mohamed Fahmi Illyas bersama anak perempuan mereka yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nynaa dan suami kelihatan sedang menghabiskan masa bersama-sama dengan bersiar-siar di sekitar kediaman rumah mewah mereka.

“Jalan-jalan with baby in the morning!,” tulisnya.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, deretan koleksi kereta mewah berjenama antarabangsa yang tersusun di laman rumah berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nynaa Harizal (@nynaaharizal___)

 

Biarpun hanya mampu melihat, namun rata-rata netizen berasa teruja dan tidak menyangka suami kepada pelakon drama Kau Cipta Kasih ini memiliki kekayaan sedemikian rupa.

Malah,  ada yang berseloroh menyifatkan pasangan ini seperti berjalan-jalan di bilik pameran kereta mewah disebabkan memiliki kediaman yang besar dan kawasan yang lapang beserta deretan kereta mewah menghiasi laman rumah mereka.

“Macam pergi jalan-jalan kat showroom kereta lah pula.

“Ya Allah banyaknya kereta, tak tahu mana satu nak bawa… Aku punya Iswara pun dah berbelas tahun, nak beli pun 10 kali fikir, rezeki betul.

“Bang, bagi pinjam kejap pun jadi. Nak merasa beli tak mampu.

“Memang betul ye wujud orang kaya macam kat dalam novel.

“Dia buat macam koleksi Hotwheels ja.

“B40 jalan-jalan kat taman tengok view, compare T20 jalan-jalan depan rumah tengok kereta mewah.

“Not me thinking about my Saga. Bulan-bulan RM526,” komen netizen.

@nynaaharizal_ My heart is full with these 2 ❤️ Morning walk session on weekends! #fyp #weekends ♬ cupid – bae

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 900,000 tontonan dan lebih 31,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Terdahulu, Nynaa dan suami pernah terpalit dengan isu kontroversi melibatkan rumah tangganya selepas dia didakwa diculik oleh ahli keluarga sendiri.

Disebabkan kejadian tersebut, suaminya telah membuat laporan polis dan turut membuka fail tuntutan nusyuz terhadap aktres itu.

Bagaimanapun, pada 11 November 2021, Nynaa dan Fahmi akhirnya mencapai persetujuan untuk berbaik semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Dec 2023
Hiburan Fri, 13 Jan 2023

Norman Hakim & Suami Abby Abadi Mesra Berdua… Netizen Komen: “Aduhai Romantiknya Dia”

Aksi ‘manja’ pelakon Norman Hakim dan suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria meraih perhatian ramai. @abbyabadi112 Alhamdullillah. Semoga bahagia hingga ke syurga ya dua2 ketui ni hehe @JaiAbby Official @Norman Hakim ♬ Bahagiamu Bahagiaku – […]

Hiburan Fri, 4 May 2018

Selamat Pengantin Baru Azrinaz!

“Saya juga mahu hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi dalam meniti hari tua,” tulisnya…

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Trending Wed, 16 Oct 2019

Jumlah Kematian Akibat Taufan Hagibis Meningkat 74 Orang

Moga-moga ramai yang dijumpai dengan selamat

Featured Fri, 7 Jun 2019

‘Kelembapan’ kata kunci sebenar untuk miliki kulit cantik

Nak cantik? Ketahui perkataan asas yang perlu anda ingat.

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Kehilangan Pekan Jadi Tanda Tanya, Rita Rudaini Buat Laporan Polis

Semoga Pekan cepat ditemui, kesian Mummy Rita dah rindu sangat tu…

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

ORANG KETIGA PUNCA SUFIAN – ELFIRA TAK JADI KAHWIN?

Apapun, Sufian mengharapkan agar peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat hubungannya bersama El

error: Content is protected !!