Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah April 11, 2023 @ 11:50am

Spin-the-wheel Dan Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Seperti iPhone 14, PS5 & Banyak Lagi!

Sempena musim perayaan ini, Yoodo tampil dengan kempen Roda Riang Raya yang menjanjikan hadiah menarik buat setiap pengguna yang mengambil bahagian. 

Yoodo merupakan satu-satunya penyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia yang membolehkan pelanggan mengubah suai sendiri pelan mengikut keperluan masing-masing.

Kempen yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Mei 2023 itu menggunakan konsep ‘spin-the-wheel’ yang menjanjikan hadiah menarik dan lumayan untuk setiap putaran buat pengguna Yoodo baharu dan sedia ada.

Tukar ke Yoodo, jadi pemenang hari ini

Untuk pelanggan baharu, korang hanya perlu bertukar ke Yoodo hari ini dan berbelanja sebanyak RM35 untuk pelan mudah alih mengikut keperluan sendiri.

Selain dapat menikmati data, panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mencukupi pada harga yang sangat berbaloi, anda juga dapat memutar roda untuk mendapatkan hadiah-hadiah seperti eBaucar, percutian Glamping, data percuma dan banyak lagi! 

Sekiranya korang memerlukan lebih data tambahan untuk permainan dan aplikasi penstriman, dapatkan produk Booster dan nikmati data pantas 20GB untuk aplikasi kegemaran seperti TikTok, Instagram, Netflix, Mobile Legends: Bang Bang dan banyak lagi pada diskaun 40 peratus, dari hanya RM1 sebulan.

Yoodo juga tidak melupakan pelanggan sedia ada dan turut menjanjikan hadiah sempena kempen Roda Riang Raya.

Pelanggan sedia ada hanya perlu membaharui pelan telco dengan belanja minimum RM35, serta beli Booster sebanyak RM15 untuk memutar roda bagi dapatkan hadiah-hadiah hebat.

Malah, setiap putaran adalah satu peluang untuk menang hadiah utama cabutan bertuah seperti iPhone 14, PS5 atau Samsung Galaxy M23 5G. 

Lebih banyak putaran roda, lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah utama!

Bayar hanya apa korang perlu

Yoodo menawarkan data pantas dan tanpa had pada harga berpatutan untuk mereka yang memerlukan pelan data mudah alih tanpa kontrak atau caj tersembunyi, malah pengguna boleh mengubah suai pelan dan bayar apa yang mereka perlukan.

Dikuasakan oleh rangkaian terluas Celcom, Yoodo menawarkan pengguna kebebasan dan fleksibiliti untuk menghasilkan sendiri dan menukar pelan pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Dengan lebih dua juta kombinasi pelan berpotensi, pengguna boleh memilih jumlah data berkelajuan tinggi, panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang mereka perlukan untuk pelan yang paling sesuai dengan mereka.

Selain itu, pengguna Yoodo kini boleh menikmati sambungan 5G ultra-pantas secara percuma dengan hanya mendaftar pelan berkelajuan tinggi dan mengaktifkan percubaan 5G percuma untuk masa terhad sekarang!

Penghantaran percuma

Jadi, tunggu apa lagi? Daftar dan pesan kad sim 5G percuma korang dan nikmati penghantaran percuma.

Korang juga dapat menikmati 5GB data internet percuma apabila korang mengaktifkan kad sim Yoodo untuk kali pertama.

Pengguna juga boleh mendapatkan kad sim Yoodo mereka dari cawangan BHPetroMart, Petronas Mesra atau Caltex Xpress Point.

Korang juga boleh memohon untuk mendapatkan eSIM percuma melalui aplikasi Yoodo.

Muat turun aplikasi Yoodo dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery hari ini.

Layari laman web Yoodo untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Roda Riang Raya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Tue, 25 Mar 2025

Nikmati Kopi SUPER™ Sepanjang Ramadan, Mood Padu Setiap Hari!

Bulan Ramadan bukan sekadar waktu menahan lapar dan dahaga, tapi juga bulan penuh kenangan dan kebersamaan. Dari sahur yang masih mengantuk sampai berbuka yang penuh kenikmatan, satu perkara yang boleh buat hari korang lebih menyegarkan […]

Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Book Awal Tak Kalut! Raya Tahun Ni Confirm Lagi Seronok Dengan Promosi Dari Klook!

Hari Raya merupakan masa yang paling seronok dan berharga tak kira bagi yang tua maupun yang muda.  Sebabkan semua balik kampung serentak, selalu sangat ada masalah tak cukup bilik dan tak muat rumah. Lagi-lagi untuk […]

Replicated Draft Tue, 11 Apr 2023

Harga Kompetitif, Servis Premium TransNusa Lebarkan Sayap ke Malaysia

SYARIKAT penerbangan dari Indonesia, TransNusa bakal melebarkan sayap ke Malaysia dengan dua penerbangan harian bermula 14 April ini. Menjadi pesaing baharu dalam industri penerbangan komersial negara, TransNusa menawarkan kelainan dalam segmen pelancongan sebagai pembawa perkhidmatan […]

Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Kami Kongsikan Cara Gen-Z Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Gaya Tersendiri. Barulah Lebih Kik!

Sebut mengenai Hari Raya mesti ramai yang excited kan? Inilah masanya untuk balik kampung berjumpa keluarga sambil ‘OOTD’ bersama bestie dengan baju raya yang serba baru! Berbincang mengenai Hari Raya, tahukah korang golongan gen-Z atau […]

Replicated Draft Thu, 30 Nov 2023

Korang Tahu Tak Hari Demi Hari Kulit Kita Kehilangan Kolagen? Ini Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Atasinya!

Kolagen merupakan komponen penting yang memberikan struktur kepada kulit. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit mengendur dan berkedut. Dalam erti kata lain, kolagen membuat kulit kelihatan anjal dan berseri. Namun begitu, seiring berlalunya hari dan […]

Replicated Draft Mon, 10 Apr 2023

Individu OKU pekak luah rasa – ‘Jangan takut jumpa orang pekak, kami bukan pelik’

BAGI individu normal, melihat orang kelainan upaya (OKU) melakukan rutin harian biasa seperti bekerja atau berkomunikasi saja pun mungkin sudah nampak sukar. Namun, bagi golongan itu sendiri, kekurangan pada diri mereka langsung tidak membebankan sebaliknya […]

Replicated Draft Thu, 3 Aug 2023

Ubat Gigi Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was? Ini Cerita Menarik Tentangnya!

“Gunakan tanpa was-was” Haa.. Korang yang lahir tahun 90-an ingat lagi tak dengan tagline ni? Tak lain dan tak bukan, ini la tagline popular daripada jenama ubat gigi Zaitun. Ubat gigi ni sangat ikonik pada […]

Replicated Draft Wed, 30 Aug 2023

Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa 2 Minggu Saja? Ini Kata Mereka Tentang Eucerin ProACNE Solution!

Memiliki kulit wajah bebas jerawat memang menjadi idaman setiap orang diluar sana baik lelaki ataupun perempuan. Anda tengah struggle dengan masalah kulit berjerawat?    Jika anda mempunyai masalah seperti diatas, anda kemungkinan mempunyai masalah kulit berjerawat. […]

Replicated Draft Wed, 26 Apr 2023

Wah, Raya Ini Lebih Meriah Dengan Peranti Baharu Samsung

Baju, kuih dan duit raya antara keperluan rakyat Malaysia setiap kali menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Pastinya, semua itu sudah disiapkan sebelum atau di awal bulan Ramadan bagi mengelakkan kesibukan menjelang Aidilfitri ditambah perjalanan pulang […]

Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Ikatan Kekeluargaan Lebih Erat Terjalin Bersama PICO

Setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadan, umat Islam bakal meraikan Aidilfitri dengan kegembiraan dan kesyukuran sebagai tanda kemenangan.  Lebaran juga adalah kesempatan terbaik untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.  Dengan […]

error: Content is protected !!