Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 13, 2023 @ 4:06pm

Peminat Saling Berbalah, Sibuk Bandingkan Aina Abdul & Siti Nurhaliza – “Saya Segan! Tolong Jangan Laga-Lagakan Kami”

Penyanyi popular, Aina Abdul mengaku berasa malu dan segan selepas terdapat segelintir peminat yang sering melaga-lagakannya dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurutnya, dia berasa segan kerana nama yang dibandingkan itu adalah satu nama besar selain bersyukur dan menganggap itu adalah satu pencapaian besar untuknya.

“Saya kan dalam pada saya segan, saya pun rasa happy sebab untuk di petik nama bersama TokTi pun its an achievement untuk saya. So, saya tak lah rasa macam tak best atau sebaliknya. Kalau saya rasa macam tu nampak macam saya tak bersyukur.

“Kita segan sebab nama itu bukan nama kecik, nama tu wujud sewaktu saya dekat sekolah rendah lagi, saya budak hingusan sangat. Dan beliau dah menyanyi di AJL menerusi Jerat Percintaan. So any kind of comparison saya terima je. saya dah lali dah,” katanya.

Meskipun sedar dengan perbandingan itu, Aina atau nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berharap agar peminat-peminatnya tidak berbalah hanya kerana isu remeh tersebut.

Malah, menganggap biarlah perbandingan yang berlaku tidak over hingga menjejaskan hubungannya dengan Siti Nurhaliza.

“I just hope those comparison tidak terlampau terjejas, tidak terlampau over sangat sehingga sampai menjejaskan hubugan saya dengan Tokti.

“Saya dengan TokTi so far, okay sahaja Alhamdulillah sebenarnya kita makin rapat. So itu jelah tak ada apa masalah.

“Bawa-bawa lah bertaubat di bulan Ramadan. They have all the rights untuk bercakap apa yang mereka nak, mereka ada pendapat mereka sendiri dan saya respect itu. Tapi kena berpada-pada.

“Sebab sekarang ni kita ada banyak sangat mental health issue, kadanga-kadanga saya tak terasa tapi peminat saya yang lebih sedih.

“Banyak hati yang saya nak jaga, hati ibu saya yang membaca, jadi anda bayangkan lah kalau ada orang bercakap macam tu dekat anak anda,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aina turut mengulas mengenai tempatnya sebagai juri dalam pertandingan nyanyian realiti popular berbayar baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu Sumpah itu, dia mampu menggalas tanggungjawab tersebut  walaupun sedar bakal berdepan dengan cabaran besar.

“Dengan pengalaman bertahun-tahun, banyak perkara saya boleh kongsi. Bukan sekadar vokal, sebaliknya, ilmu dari segi tenaga, aura dan penampilan.

“Ilmu itulah yang saya hendak ajar kepada adik-adik saya ini. Walaupun pertandingan ini lebih kepada untuk peserta, tetapi saya lihat posisi sebagai juri suatu ujian buat saya.

“Saya akan cuba yakinkan penonton yang mempunyai pendapat berbeza dan membuktikan kepada mereka saya layak jadi juri,” ujarnya.

Sumber: BH, Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Tue, 27 Aug 2019

Sam Bunkface Trending Di Twitter, Gara-Gara Barai?

Apa agaknya yang Sam buat sampai trending ni?

Hiburan Mon, 3 Apr 2023

[VIDEO] Untung Dapat Dengar Nyanyian Live! Kanak-Kanak Terpaku Dengar Suara Merdu Anuar Zain

Pelbagai lapisan umur yang minat dengar suara Anuar Zain ni

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Featured Thu, 6 Jan 2022
Hiburan Sun, 17 Dec 2023

Tak Sabar Mahu Beraksi Di Konsert Berskala Besar, Amir Masdi Bersedia Perbaiki Kelemahan Diri

Bukan Amir Masdi je tak sabar, peminat pun excited sangat🥰🤩

Trending Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Haqiem, Isu Murung Jangan Dibuat Main!

Alahai…Kalau betul dia ada masalah, dapatkan nasihat daripada ibu-bapa atau pertolongan daripada pihak yang betul!

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Mungkin Belum Ada Rezeki Lagi – Marsha

Tidak pernah tertekan dan masih menanti dengan sabar kerna belum ada rejeki lagi

error: Content is protected !!