Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 14, 2023 @ 5:11pm

Uqasha Senrose Upah Pengawal Keselamatan, Dedah Kamal Adli Sukar Dibawa Terima Rawatan – “Dia Lebih Rela Dipukul Dengan Cota 50 Kali”

Pelakon Uqasha Senrose memberitahu telah mengupah pengawal keselamatan demi memastikan insiden ngeri yang menimpa suaminya, Kamal Adli tidak berulang lagi.

Memetik laporan Kosmo, meskipun Kamal semakin pulih, fobia dan trauma masih menyelubungi dirinya dan suami.

“Kena ada orang yang teman dia di rumah. Memang kami dah upah bodyguard termasuk polis sentiasa buat rondaan di rumah setiap dua hingga tiga jam.

“Untuk saya sendiri, masih rasa takut. Keluar sekarang ini pun berdebar-debar. Benda itu jadi depan mata. Orang lalu sebelah pun sekarang, kita terganggu.

“Kena berteman ke mana-mana sekarang. Tak boleh seorang diri. Macam saya, pergi kerja balik kerja, itu sahaja.

“Raya tahun ini pun saya tak ke mana rasanya. Hanya dengan keluarga dan adik-beradik,” katanya.

Mengulas lanjut tentang keadaan Kamal, dia menjelaskan suaminya masih berkelakuan seperti biasa walaupun insiden tersebut hampir meragut nyawanya.

“Kamal tak tunjuk sebab dia lelaki kan, takkanlah dia jadi lemah. Tapi sebagai isteri, kita tahulah mood dia bila dia moody, bila dia tak gembira, okey dan sebagainya.

“Kamal susah nak dibawa menerima rawatan. Dia sendiri cakap pada saya, pukullah dia dengan cota 50 kali pun, tapi dia tak nak jumpa doktor. Dia takut dengan doktor dan jarum.

“Masa kejadian tempoh hari, dia bermati-matian tak nak dijahit di bahagian luka. Nak guna gam UHU. Dia boleh buat lawak begitu. Saya waktu itu nak menangis bagai nak rak dah,” jelasnya.

Susulan kes penyerang Kamal tersebut, Uqasha tidak dapat berkongsi secara terperinci kerana masih dalam siasatan pihak berkuasa Singapura dan Malaysia.

Pada 13 Mac lalu, Kamal dipukul seorang lelaki tidak dikenali di Singapore Expo Hall, Singapura sehingga perlu menjalani pembedahan kerana mengalami banyak pendarahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Berlubang Kepala Diserang Individu Tak Dikenali, Uqasha Senrose Dedah Kejadian Sebenar – “Dia Pukul Berkali-Kali…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Dec 2017

Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen

“Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen” – Kisah Rezeki Tidak Disangka Ini Sentuh Hati Netizen

TECH Fri, 17 May 2019

Tune Protect Partners with Flexiroam to 1GB FREE Bring Data Roaming for Policy Holders

Travellers protected with Tune Protect Travel insurance get internet access for use across over 150 countries.

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Featured Tue, 4 Oct 2022

“Boleh Cop Jadi Menantu” – Netizen Usik Elfira Loy Supaya Berbesan Dengan Mira Filzah

Wahh kecil-kecil lagi dah dijodohkan 😅 Comel betullah Amir dengan Aria ni! 😍

Eat Travel Tue, 7 Aug 2018

11 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Anda Pergi Bercuti

Kena buat supaya perjalanan anda lancar dan tidak bermasalah.

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Debaran Noryn Aziz Menjelang Konsert ‘Soul Sisters’

Konsert ‘Soul Sisters’ dianjurkan oleh syarikat produksi persembahan Edd Razhe Entertainment (ERE) bakal diadakan di Istana Budaya pada 5 dan 6 April ini.

Tiket boleh dibeli di www.airasiaredtix.com pada harga RM 755 (Meet & Greet), RM 555 (Diamond), RM 355 (Platinum), RM 255 (Gold) dan RM 155 (Silver).

Hiburan Fri, 13 Feb 2026

Isu Cerai Diungkit Semula, Jawapan Ringkas Que Haidar Buat Ramai Terkedu

Que Haidar kekal tenang dan tidak cepat melatah

Sponsored Wed, 30 Aug 2023

HONOR 90 5G, Pilihan Terbaik Untuk Content Creators!

Baru-baru ni telah berlangsungnya TikTok Awards Malaysia 2023 dengan gilang gemilang dan jayanya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Acara terbesar TikTok yang julung kalinya diadakan di Malaysia ni disiarkan […]

error: Content is protected !!