Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 15, 2023 @ 4:11pm

Lisa Surihani Tak Sangka Iklan Ala Istanbul Aku Datang Versi 2.0 Viral -“Terkejut Juga! Masa Tu Saya Kat Madinah”

Pelakon dan pengacara jelita, Datin Lisa Surihani, 37, bersyukur  dan tidak menyangka iklan produk makanan bersama pelakon Beto Kusyairy yang tular baru-baru ini menerima maklum balas yang positif dalam kalangan peminat.

Menurut Lisa, dia terkejut apabila mengetahui mengenai hal tersebut memandangkan pada ketika itu dia bersama suami yang juga penyanyi dan pengarah, Yusry Abdul Halim sedang berada di Madinah.

Malah, ketika ditanya mengenai iklan komersial itu yang seakan-akan filem Istanbul Aku Datang versi 2.0, Lisa bagaimanapun mengiyakan perkara terbabit kerana iklan itu mempunyai elemen filem tersebut.

“Kita tak sangka dia viral, saya masa tu masih kat Madinah okay. Saya macam tengok terkejut kejap, tapi Alhamdulillah tak sangka yang macam filem ni mendapat sambutan yang saya rasa considered as klasik.

“Sebenarnya itu idea dari klien. Saya dah beberapa kali membuat promosi bersama mereka. Then, bila mula-mula tengok skrip macam seakan-akan ada elemen filem Istanbul Aku Datang, sekaligus it brings back nice memories,” katanya.

Dalam pada itu, Lisa juga sempat berkongsi momen dan pengalaman yang tidak mungkin dilupakannya sepanjang menjalani penggambaran di sana.

“It was a nice feeling, because we had a very good experience masa kat Istanbul. Masa kita shoot kita semua macam family. Saya, Beto, Tomok, Aizat, Maummy, Tisha, Bernard and everyone dalam set tu. Sebab kita dah macam berkampung kat Istanbul, saya rasa dalam sebulan macam tu. 

Dan disebabkan itu, bila kita berjumpa sesama kita, walaupun kita tak berjumpa hari-hari tapi kita masih ada ikatan tu.

“Saya share pengalamn yangtak boleh dilupakan salah satunya adalah, saya start drinking coffee because Bernard make a coffee. Masa tu dengan cuaca yang agak sejuk when kita lapar selalu dia akan buat kopi from scratch. Dan, bau dia sedap sangat.

“Selain tu, masa kat Istanbul juga, saya ambil kesempatan untuk beli hantaran kat sana, macam sejadah dan juga al-Quran,” jelasnya.

 

Sementara itu, berkongsi mengenai persiapan Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, Lisa mengaku segala persiapan telahpun siap sepenuhnya iaitu sebelum ramadan lagi.

Ini kerana dia dan suami akan menyambut hari raya pada hari pertama dan kedua sahaja memandangkan mereka akan melawat Edry di Manchester, United Kingdom pada hari raya ketiga nanti.

“Persiapan tu before Ramadan saya dah settlekan dah. Sebab kami berdua pergi ke Umrah masa first two weeks of Ramadan. So, all sorted early. Tapi kami sebenarnya pakai baju raya dua hari je. 

“So tahun ni baju raya… warna temanya dipilih oleh anak perempuan saya dan juga daddy dia. Firsy day, Yahaira yang pilih, color light pastel soft yellow and then daddy pilih second day, warna kelabu.

“Raya kali ni lain sikit, sebab Yusry break lama  sikit lepas dah lama bekerja. Dan mahu melawat adik Edry di Manchester pada raya ketiga,” ujarnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Terbuka Tentang Poligami – “Dalam Al-Quran Lelaki Boleh Kahwin Empat”

‘Kalau isteri pertama boleh terima, kahwin.. Kalau tak boleh, cerai’ – Sharnaaz Ahmad

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

EXO’s Sehun Graces the Cover of New York Times!

What a great gift for Sehun on his birthday!

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Thu, 24 Oct 2019

古仔出「马」 谁与争锋?电影《犯罪现场》膺大马华语片冠军

由古天乐主演的《犯罪现场》上周在大马开出亮眼成绩,成功挤下一众强劲对手,荣登全马上周开画华语片冠军,排名领先所有亚洲电影!

Hiburan Sat, 21 Apr 2018

世界百大DJ艾维奇猝死 得年28岁

瑞典籍知名DJ艾维奇(Avicii)于21日凌晨惊传出死讯,得年28岁。他的死讯曝光后,震惊全球粉丝,大家也纷纷涌上他的社群网站上悼念。

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Dipuji Mentua Idaman Wanita, Sheila Rusly Usik Nak Jadikan Fazura Menantu – “Kalau Ada Anak Lelaki Lagi Boleh Jodohkan…”

Sheila sempat mengusik dan berseloroh mahu menjadikan Fazura menantu sekiranya dia mempunyai anak lelaki lagi.

Hiburan Thu, 8 Feb 2024
error: Content is protected !!