Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 19, 2023 @ 8:32pm

Lagu Raya Aneh-Aneh? Ini Respons Padu Ziana Zain – “Kalau Ada Sokongan, Maka Ada Lagi Tahun Hadapan”

“Mesti ada. Kita kena ada satu lagu raya yang hit yang akan dikenang sepanjang zaman. Sangat ‘evergreen’.

Demikian kata-kata penyanyi popular Ziana Zain apabila disoal apakah setiap penyanyi perlu mempunyai lagu raya dalam setiap kerjaya seni mereka.

Menurut Ziana, dia berpendapat setiap penyanyi perlu ada sebuah lagu raya yang mampu menarik perhatian pendengar malah mengakui ada juga lagu raya yang tidak menjadi.

“Tapi ada sesetengah penyanyi buat tak menjadi, tidak mengapa itu rezeki.

“Kalau dapat peluang untuk rakamkan lagu raya, buatlah sesuatu yang boleh tarik minat pendengar dan wajib didendangkan setiap hari lebaran nanti,” katanya kepada XTRA.

Disoal mengenai kemunculan lagu-lagu raya yang dinyanyikan oleh bukan penyanyi sehingga mencetuskan pelbagai tanggapan negatif, pelantun lagu Halaman Asmara itu berpendapat itu adalah sebahagian ‘kesukaan’ mereka.

“Kebelakangan ini banyak lagu-lagu yang viral. Saya pun tak tahu apa yang mereka nak, mereka saja tahu.

“Saya melihat sahajalah, sebab mereka ada yang suka dikutuk dan dicemuh, itu memang ‘kesukaan’ mereka. Kalau ada sokongan maka ada lah lagi tahun hadapan,” ujar Ziana.

Tambah Ziana, setiap orang perlu tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat dan keluarga tanpa mengguris perasaan sesiapa.

“Kita hidup bermasyarakat, kenalah tunjukkan yang baik-baik, lebih lagi zaman sekarang ramai anak muda yang suka ikut benda yang tak berfaedah.

“Kita kena ada satu tanggungjawab untuk beri contoh yang terbaik lagi-lagi kita dah ada anak-anak, mungkin kalau kita buat perkara itu tak fikir perasaan anak-anak.

“Ia sangat sensitif sebenarnya, kalau buat sesuatu kena fikir masyarakat dan keluarga. Bagi saya tak ada ‘fun’ pun buat benda bodoh ini,” kata Ziana.

Untuk info, Ziana Zain bakal muncul untuk membuat persembahan pada Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Mei depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Ziana Zain Beraksi Di Pentas DFP Tercapai – “Lama Saya Nantikan Peluang Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain Kecewa Blogger Buat Berita Kelirukan Pembaca – “Saya Betul-Betul Marah, Macam Mana Boleh Keluar Cerita Macam Ini?”

Tiket boleh mula dibeli di laman sesawang rasmi www.mpo.com.my atau di kaunter ‘box-office’. Juga boleh ditempah menerusi telefon dengan menghubungi nombor 03-23317007 atau email [email protected].

Harga tiket bermula dari RM218, RM268, RM318, RM368, RM600/RM650 (Meet & Greet).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Jun 2026

Remy Ishak Tak Melatah Nama Digugurkan Akibat Hasad Dengki Rakan Seperjuangan – “Saya Percaya Allah Sudah Sediakan Jalan Untuk Saya”

Remy Ishak enggan melatah isu provokasi nama digugurkan akibat hasad dengaki rakan seperjuangan.

Featured Thu, 23 Apr 2026

Adira Suhaimi Kecewa Datuk Red Minta Bayaran RM100,000, Kes Pengesahan Lafaz Rujuk Ditangguh

Kes pengesahan lafaz rujuk antara penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang pada Khamis ditangguhkan pada 25 jun depan.

Trending Hari Ini Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Wed, 31 May 2023
Featured Sat, 20 Dec 2025

“Saya Tak Rela Anak Saya Dipukul Hari-Hari” – Bapa Uqasha Senrose Desak Kamal Adli Ceraikan Isteri

Nik Sen menggesa agar Kamal melepaskan anaknya sekali gus menamatkan perkahwinan mereka.

Featured Thu, 26 Apr 2018

5 Tips Yang Perlu Dipraktikkan Sebelum & Ketika Mengundi. Jadilah Pengundi Bijak

Wanita memainkan peranan penting dalam proses pengundian, justeru jangan sesekali abaikan tanggungjawab kepada negara.

error: Content is protected !!