Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana April 28, 2023 @ 11:55am

Konsert Ruffedge: Rufeera ‘That Moment In Time’ Tour Bakal Gegarkan Malaysia & Singapura

Walaupun berada lebih dari 2 dekad di persada muzik negara, kumpulan vokal R&B bertaraf legendaris yang dianggotai oleh Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain, iaitu Ruffedge, masih mempunyai pengaruh yang kuat di Malaysia.

Buat kedua kalinya, syarikat penganjur acara terkemuka yang membawakan hiburan bermutu dari dalam mahupun luar negara, YOLO Malaysia sekali lagi bergabung dengan kumpulan tersebut untuk sebuah siri jelajah konsert istimewa di Malaysia dan Singapura digelar RUFFERA ‘That Moment In Time’ bermula Jun hingga Ogos 2023 ini.

“Ini adalah kolaborasi kedua Ruffedge bersama YOLO Malaysia, jika dahulu konsert mereka diadakan hanya secara maya melalui aplikasi zoom ketika berlakunya pandemik, kini peminat berpeluang menyaksikan mereka beraksi secara ‘live’ di beberapa lokasi yang telah ditetapkan,” kata Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1997, Ruffedge mula dikenali ramai setelah menjuarai pertandingan ‘Sony Battery Face On Talent Search’ pada tahun 1999, kemudian kumpulan ini telah menghasilkan pelbagai lagu hit seperti ‘Bila Rindu’, ‘Khayalan’, ‘Lemas’, ‘Tipah Tertipu’ dan banyak lagi.

“Konsert ini bukan sahaja mengimbau kenangan lalu, tetapi bagaimana muzik kami berjaya merentasi masa dan kekal relevan sehingga kini, sesetengah lagu tetap kekal ‘evergreen’ tidak kira bila mendengarnya, terutamanya sekarang dengan susuan muzik yang baharu, anda dapat merasai momen itu.

“Selain itu, konsert ini juga bertujuan mempromosikan album baharu Ruffedge yang bakal keluar tidak lama lagi, dan yang pastinya menyambut baik permintaan para penyokong yang mahukan
Ruffedge mengadakan konsert semula,” ulas Cat.

Ruffedge masih lagi dalam proses membuat persediaan rapi bagi memastikan siri jelajah konsert berjalan dengan lancar.

“Kami sedang giat menjalankan latihan di studio demi memberikan kepuasan maksimal buat penonton yang bakal hadir di konsert nanti.

“Dijangka durasi konsert akan berlangsung selama 2 jam dengan nyanyian lagu-lagu hit kami, beserta susunan muzik yang baharu dan lebih segar di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor negara, jadi alami sendiri pengalaman evolusi masa melalui muzik dengan visual khas, dan jangan lupa mendapatkan tiket konsert apabila penjualan mula dibuka,” kata Sein.

Bagi yang berminat, tiket-tiket akan mula dijual pada 20 April 2023 untuk penduduk Singapura, maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sosial YOLO Malaysia dan Ruffedge serta Yoloasia.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

李幸倪新歌《侘寂》玩命!被沙活埋数小时一度呼吸困难

Gin李幸倪为新曲《侘寂》远赴台湾取景拍摄MV!首次与著名导演陈映之合作的李幸倪,MV足足拍摄了24小时,行程艰苦非常。

Hiburan Thu, 15 May 2025
Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Alhamdulillah…Mia Ahmad Timang Anak Lelaki

Tahniah! Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.

Featured Thu, 29 Dec 2022

Hantar Ke Airport Tunai Umrah, Beto Kusyairy Syukur Dikurniakan Sahabat Seperti Azhan Rani

Pelakon versatil, Azhan Rani menghantar sahabat baiknya, Beto Kusyairy ke lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah di kota Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) Berdasarkan pemerhatian […]

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Izzue Islam Takut Sakit Makin Melarat

Kita doakan semoga Izzue cepat sembuh okay!

Events Sun, 2 Dec 2018

关菊英要演陈展鹏女友?陈展鹏:等我先练好演技

关菊英和陈展鹏来马开唱!首次合作登上云顶舞台的两人,让关菊英直言希望影视上也有机会合作,且还要演对方女友,让陈展鹏听后回应“等我练好演技先吧!”

Trending Mon, 1 Oct 2018
Trending Tue, 16 Aug 2022

Abadikan Kisah Cinta Dalam Persembahan Konsert, Ernie & Syamel Akui Gementar

Pasangan penyanyi berbakat besar yang juga suami isteri, Ernie Zakrie dan Syamel bakal mengadakan konsert sulung pada 23 Oktober depan. Tidak dinafikan, Ernie dan Syamel turut dibelenggu perasaan gementar apabila konsert itu bakal menguji kehebatan […]

error: Content is protected !!