Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 2, 2023 @ 4:25pm

Isteri Hattan Mengaku Terima Ugutan Bunuh, Peguam Hafidza Hassan Tampil Beri Amaran – “Saya Memang Anti Buli Siber!”

Susulan kontroversi melibatkan penyanyi popular, Datuk Hattan dan pembaca berita, Nursyazwani Saiful Sham yang tular baru-baru ini, isterinya, Datin Arianie Abidin akhirnya tampil membuka mulut mengenai insiden yang berlaku.

Menurut Arianie, dia dan suami mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, malah percaya hal yang berlaku ini pasti akan reda mengikut peredaran masa.

ARTIKEL BERKAITAN:Datuk Hattan Enggan Ulas Isu ‘Biadap’ & Permohonan Maaf, Dakwa Tak Tahu Itu Siaran Langsung

Namun, sebagai seorang isteri dia mengaku amat terkesan dengan kontroversi yang menimpa suaminya sehinggakan dia terpaksa meletakkan akaun Instagram Hattan dalam mod privasi kerana terdapat segelintir netizen yang sanggup memberi ugutan bunuh dan santau terhadapnya dan keluarga.

Tidak habis disitu, peguam Nurhafidzah Hassan juga turut berkongsi pandangannya mengenai tindakan Hattan yang didakwa biadap dan tidak profesional terhadap Nursyazwani ketika siaran langsung itu diadakan.

Kongsi Hafidzah, tindakan ugutan yang diberikan kepada penyanyi itu adalah salah disisi undang-undang, apatah lagi individu yang didakwa melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 506 (kerana mendatangkan rasa ketakutan dan terancam terhadap seseorang).

Selain itu, tindakan menghina juga boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 (kerana mewujudkan komen mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakiti hati dan mengganggu orang lain).

“Ugutan ini sememangnya benda tidak betul dan tidak boleh dilakukan walaupun menggunakan akaun palsu,” katanya.

Justeru, dia berharap agar kedua belah pihak dapat memberi kenyataan rasmi demi meredakan isu kontroversi ini sekaligus menghentikan buli siber yang berlaku dalam kalangan maasyarakat.

“Biasanya isu seperti ini akan panas dalam masa seminggu sahaja tapi lebih baik kalau kedua-duanya tampil dengan kenyataan supaya perkara ini dapat dihentikan.

“Lagipun kita tidak tahu situasi kedua-dua pihak malah kalau diikutkan itu sememnagnya gaya berbual cara orang lama.

“Nasihat saya, tidak perlu berlebih-lebih dengan menghantar mesej menghina, ugut, santau dan sebagainya kerana ini sememangnya satu pembulian siber dan saya sememangnya anti buli siber,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Peguam | Lawyer | (@hafidzahhassan)

 

Pada 28 April lalu, video Datuk Hattan ‘sekolahkan’ pembaca berita di sebuah stesen televisyen berbayar tular selepas ramai dalam kalangan warganet yang berasa kurang senang dengan tindakannya sehingga ada yang melabel penyanyi itu sebagai ‘kurang ajar’.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Apr 2021
Featured Fri, 23 Sep 2022

Portal Berita Sosial Bahasa Cina, Tantannews Kini Bersama REV Media Group!

Wahh menarik ni! Kalau korang tahu bahasa Cina, macam-macam berita boleh dapat dari Tantannews tau 🤓

Featured Fri, 28 Nov 2025

Dulu Rimas Sekarang ‘Ketagih’, Diana Danielle Kongsi Bagaimana ‘Small Talk’ Buka Peluang Rezeki

Diana Danielle mendedahkan dirinya kini semakin selesa berborak ringan atau ‘small talk’ ketika menghadiri acara meskipun itu adalah perkara yang tidak digemarinya dahulu.

Hiburan Thu, 23 May 2019

Here are the Top 10 Artists Malaysians are Discovering for the First Time

And Malaysians are loving these artists too…

#LaguXTRA Thu, 16 Feb 2023
Events Mon, 2 Sep 2019

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!与陈昇合体无望

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!虽然曾一度传出陈昇会赶到黄连煜演唱会合体,可惜最终没有上演新宝岛康乐队国庆日大团圆的佳话!

Featured Tue, 31 Jul 2018

30 Hasil Lukisan Ilustrasi Ini Pasti Buat Anda Terpukau

Kalau anda lihat hasil lukisan Diego Cusano ini, pasti anda kagum!

Featured Fri, 4 Jul 2025
error: Content is protected !!