Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 8, 2023 @ 2:00pm

Gara-Gara Terlepas Cakap Perkataan Skandal, Uqasha Senrose Merajuk Dengan Kamal Adli Ketika Live

Pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas melihat gelagat mereka membuat Live bersama di TikTok.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana Uqasha telah merajuk dengan Kamal ketika mempromosikan lipstick yang dijual oleh aktres tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, Kamal secara tidak sengaja menyarankan kaum lelaki membelikan produk kosmetik yang diusahakan oleh isterinya itu sehingga membuat Uqasha merajuk.

“Untuk yang lelaki tu, bukan untuk korang pakai, jangan buat hal okay. Belilah untuk mak, kakak, adik perempuan, girlfriend, isteri, skandal. Beli je sebab dia akan auto sayang dan happy,” katanya.

Terkejut dengan cara suaminya mempromosikan produknya, Uqasha terus menegur Kamal dengan lembut kerana tidak mahu menimbulkan sebarang isu.

“Jangan mengada-ngada eh. Awak nak ada skandal lain ke? Kenapa cakap belikan benda ni untuk skandal? Kenapa awak macam mengiyakan meyakinkan orang untuk ada skandal? Awak macam menggalakkan orang beli untuk skandal. Mana boleh,” kata Uqasha.

Menyedari perkara isterinya merajuk, Kamal terus mempamerkan gelagat Uqasha merajuk dan memujuknya dengan tenang.

“Tak adalah. Tak kisah sayang, yang penting ada sale. Saya menggalakkan dorang tapi bukan diri saya. Kenapa sayang kata tak boleh kalau orang-orang kat luar ada yang gatal-gatal?

“Tengok tu orang merajuk. Korang pernah tak tengok kucing merajuk tak dapat makan?,” katanya.

@norzana1980 Sha ni merajuk pun comey tau! Nmpk betul yg dia manja n sayang dkt Kamal ❤️❤️❤️ #kamaladli #uqashasenrose #fyp #foryoupage ♬ original sound – NorzanaAJ

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat pasangan itu.

Malah, ramai yang kagum dan memuji sifat manja aktres itu dan mendoakan kebahagiaan mereka.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Puja Jadi Harapan Baharu Ika Mustafa

Ika Mustafa mungkin nama baru bagi sesetengah orang, namun beliau sudah lama berada di dalam industri muzik ini. Sebelum ini beliau pernah melahirkan beberapa buah single antaranya ialah lagu Damaikanlah yang menjadi runut bunyi kepada […]

Featured Mon, 22 Dec 2025

“Kalau Anda Dapatkan Nasihat Daripada Coach Cerai, Nasihatnya Pun Akan Menjurus Kepada Perceraian” – Raja Ilya

Kata Ilya, dia mengingatkan pasangan suami isteri agar lebih berhati-hati dalam mendapatkan nasihat berkaitan rumah tangga.

Drama Wed, 17 Aug 2022

Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama

Alaaaaa… tak boleh dah lah tengok abe Zul kat tv nanti ☹☹☹

Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

「肥妈」携手众好友6月云星剧场爆笑登场

「肥妈」6月携手好友李丽霞、黎耀祥及阮兆祥登云星剧场,准备为大马观众带来一个欢乐爆笑的夜晚。

Featured Fri, 16 Dec 2022

“Yang Pergi Bukannya Kau Tak Layak Tapi…” – Pesanan Makan Dalam Iddin Ramli Jentik Hati Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang terkenal dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiYang tak patut akan tetap pergi.♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen Menerusi […]

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Nora Sebak Pertama Kali Tunai Umrah Tanpa Suami

Dalam masa sama, Nora turut mengucapkan terima kasih kepada jutawan kosmetik Dato Seri Vida kerana menaja perjalanannya ke tanah suci.

error: Content is protected !!