Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 5, 2023 @ 11:48am

“Ridzuan Hashim Rahsia Derita Sakit Jantung, Tak Mahu Hilang Job” – Didie Alias

“Saya dah maafkan dia lama. Saya dah halalkan makan minum dia dan saya tengok dia pergi pun dengan tenang. Alhamdulillah.”

Demikian kata-kata pelakon dan pengacara, Didie Alias selepas pemergian bekas suaminya Allahyarham Ridzuan Hashim yang menghembuskan nafas terkahir akibat serangan jantung pada pagi Khamis, semalam.

Menurut Didie atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd @ Ali, dia bersyukur dapat menguruskan jenazah Ridzuan biarpun mereka tidak lagi bersama.

“Walaupun dia bekas suami dan saya tahu dia tak sihat namun dia tetap ayah kepada anak-anak saya.

“Syukur saya dapat selesaikan (pengebumian). Perjalannya diatur dengan sangat baik. Dari nafasnya yang terakhir (tengah hari semalam) sampailah ke liang lahad.

“Semua anak-anak pun ada dengan saya. Ini semua aturan Allah. Saya reda dengan pemergian arwah,” katanya.

Berkongsi berita mengenai kesihatan arwah, Didie memberitahu dia dan keluarga tahu mengenai sakit jantung yang dialami oleh Ridzuan sejak tiga tahun lalu.

“Kami semua dalam keluarga memang tahu bahawa arwah menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu. Tapi, dia nak rahsiakan sebab takut tak dapat tawaran kerja.

“Dia tak mahu beritahu (berita sakit) kepada semua. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu. Kerana kalau dia beritahu semua orang, dia takut tak ada ‘job’

“Kadang-kadang dia tak mahu terima yang dirinya sedang sakit, jantung dia juga tidak aktif, tak boleh terlalu ‘hyper’ sebab dia seorang yang ‘happy go lucky’,” ujarnya sebak.

Semalam, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Ridzuan Hashim akibat serangan jantung selepas dilaporkan rebah ketika bersarapan di rumahnya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam  Batu 16 Dusun Tua, Hulu Langat selepas solat Maghrib pada malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Suami Didie Alias, Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Untuk rekod, Didie mendirikan rumah tangga dengan Ridzuan pada 1991 dan bercerai pada 2002. Perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Sumber: Hlive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022

Pernah Lalui Pengalaman Pahit Dengan BBNU, Naim Daniel Tak Menyesal ‘Lamar’ Dolla – “Mereka Lain, Sangat Profesional”

Mereka sangat natural. Kalau mereka kena jadi buruk, diorang akan jadi buruk – Naim Daniel

Events Wed, 5 Dec 2018

Bukan Masa Nak Tunjuk Hebat, May Tukar Strategi?

Apapun, kumpulan May memang antara lagenda masih berbisa!

Trending Thu, 24 May 2018

Raja Perlis Murka

Menurut Baginda, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu

Hiburan Fri, 3 May 2019

Dayah Bakar Teruja Pertama Kali Sambut Puasa Sebagai Isteri

Meskipun tinggal berjauhan dengan suami, dia dan suami sepakat berjumpa sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Hiburan Wed, 5 Jun 2019
Hiburan Mon, 23 May 2022
Featured Thu, 23 Oct 2025
error: Content is protected !!