Hiburan By: Nurul Hana May 5, 2023 @ 11:45am

Pelancaran Premium Audio Timebelt Di CuBig @ KLCC Junction: Skrin Digital Gergasi Big Tree Di Kuala Lumpur Kini Berdentum

Big Tree, peneraju pasaran industri pengiklanan luaran di Malaysia, juga anak syarikat milik Media Prima Berhad, memperkenalkan fungsi audio baharu yang akan dipaparkan selama satu minit pada jam 7 malam setiap hari bagi mempertingkatkan lagi status eksklusif skrin digital CuBig @ KLCC Junction.

Pelancaran ini membuka peluang yang besar kepada pengiklan untuk menyerlahkan kreativiti tersendiri menggunakan fungsi 3D anamorfik dan audio untuk menarik minat pejalan kaki, pemandu dan penunggang motor di persimpangan Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan P Ramlee yang berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas.

“Penguasaan waktu puncak di persimpangan yang sibuk ini merupakan jawapan kepada permintaan yang tinggi untuk pertingkatkan lagi kreativiti di pengiklanan luar rumah (OOH).

“Dengan adanya peluang eksklusif ini, pengiklan dapat mendemonstrasikan keunikan tersendiri dan meningkatkan persepsi komuniti terhadap jenama.

“Iklan interaktif 60 saat yang berlengkapkan fungsi anamorfik 3D dan audio ini turut mengukuhkan perkembangan pengiklanan luar rumah agar setanding dengan transformasi digital yang terkini,” kata Ketua Pegawai Operasi Big Tree, Stephanie Wong.

Big Tree melancarkan kempen ini dengan kehadiran naga berbentuk 3D. Visual tersebut memaparkan seekor naga yang besar menghancurkan menara jam dan menghembuskan api ke arah bandar raya Kuala Lumpur berikutan bunyi detikan jam dan seruan naga yang menggerunkan untuk menghasilkan situasi seakan realiti.

Pelancaran ini dinamakan “A Cinematic Feat: Launch of CuBig @ KLCC Junction Premium Audio Timebelt” untuk menggambarkan sejauh mana pengiklanan luar rumah (OOH) dapat merealisasikan pengiklanan eksklusif.

Sejak pelancarannya pada tahun 2021, skrin gergasi ini menerima permintaan yang luar biasa daripada para pengiklan pelbagai industri oleh kerana fungsi anamorfiknya yang memukau dan menarik perhatian khalayak ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 1 Nov 2023
Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Sat, 5 Nov 2022

Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-57, Wajah Shah Rukh Khan Sekali Lagi Terpampang Di Burj Khalifa

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menerima kejutan apabila wajahnya terpapar sekali lagi di skrin menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa sempena ulang tahun ke-57. Malah, salah seorang sahabat baik SRK turut membuat kejutan […]

Hiburan Tue, 23 May 2023
Featured Wed, 10 May 2023
Featured Tue, 14 Mar 2023