Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 7, 2023 @ 1:06pm

[VIDEO] Didakwa ‘High’ & Kulit Wajah Dikritik Macam ‘Orang Kampung’, Ini Respons Padu Liyana Jasmay

Heboh di ruangan media sosial Twitter berhubung pelakon Liyana Jasmay dimana wajahnya yang berkulit gelap dikritik seperti ‘orang kampung’ meraih perhatian ramai.

Menerusi sebuah video di aplikasi TikTok, Liyana tampil membidas komen tersebut dengan berkata dia tidak mahu menyuntik kulitnya menjadi putih.

“Artis lain makin lama makin putij cantik, LJ (Liyana Jasmay) ni aku tengok makin hitam macam orang kampung dah,” tulis netizen tersebut.

Jelas Liyana, dia berkata meskipun kulitnya gelap namun hatinya suci dan bersih.

“Urmm… kulit saya sebenarnya coklat kuning (kuning langsat) tapi kalau awak rasa itu hitam ok je la… sebab saya tak nak putih pun.

“Kalau cucuk untuk bagi putih tu nanti ada side effect kan. Tak semestinya jadi artis kena putih, lain la kalau kita dilahirkan memang dah putih, Alhamdulilllah.

“Tapi kalau dah dilahirkan kulit brown macam orang Melayu so nak buat macam mana kan.

“Hitam untuk awak, tapi putih di hati,” katanya.

Sementara itu, menerusi video lain, ada individu bertanya sama ada Liyana mengambil barang terlarang dek keadaan dirinya yang tampak sedikit ‘high’.

Ia ekoran Liyana yang sering berkongsi video-video sedang makan di akaun TikTok miliknya.

“Saya selalu tertanya-tanya dia ni tengah high ke? Atau kena sebalut dua sebelum makan,” soal netizen berkenaan.

Aktres filem popular Papadom ini mengakui terkejut atas dalwaan tersebut.

“Saya speechless. Urm, setengah orang memang sangat pelik atau mungkin psiko. Mungkin sebab dari muka saya kot masa makan banyak keluar eskpresi muka..,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Jun 2021

Putera Harry Dan Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Kedua, Lilibet Diana

Selepas mengumumkan berita kehamilan  sembilan bulan lalu, Duke dan Duchess Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle hari ini mengumumkan kelahiran anak kedua mereka, seorang bayi perempuan. Pasangan itu menamakan anak kedua mereka sebagai Lilibet “Lili” […]

Hiburan Mon, 8 Jan 2024

Fuad Rahman Dituduh Masih Tak Berubah, Tom Pertahankan Suami

Hmm tak baiknya tuduh macam tu.. Siapa kita nak hukum?

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Trending Wed, 15 Jul 2020
Featured Fri, 5 Jul 2019

Benarkah kulit wajah perlukan antibiotik? Ini jawapannya!

Jangan ambil antibiotik tanpa preskripsi doktor!

Featured Mon, 8 Jan 2018

Amalkan 5 Cara Ini Untuk Hilangkan Daki Badan Ketika Mandi..Jom Sental!

“Eh Man, Mama tengok mandi berjam-jam lama, tapi cuba Man pergi tengok kat cermin kejap. Kat leher tu banyak lagi daki. Kena sental betul-betul, macam tulah cara hilangkan daki yang betul. Bukan duduk bawah ‘shower’ […]

error: Content is protected !!