Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 8, 2023 @ 5:12pm

[VIDEO] Netizen Puji Matin Anak Shuib Kutip Makanan Bersepah Bawah Meja Di Kedai Makan – “Bagus Dia Terapkan & Ingat Didikan Siti Sarah”

Anak kepada pelawak sensasi Shuib iaitu Ariq Matin mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video di aplikasi TikTok.

Video tersebut memaparkan Matin sedang mengutip makanan yang tertumpah di bawah meja oleh adik bongsunya, Ayash Affan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sayu dan bangga terhadap Allahyarhamah Siti Sarah kerana memberi didikan terbaik buat anak-anaknya itu.

Ramai dalam kalangan netizen mengimbau semula video dimana Siti Sarah mengajar anaknya, Matin untuk mengutip makanan semula sekiranya bersepah.

Tindakan spontan Matin itu meraih pujian ramai seraya mendoakan anak kecil berusia 8 tahun ini membesar menjadi anak soleh yang menyenangkan ramai orang.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 1.2 juta tontontan, 51,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 Sep 2022

Syatilla Melvin Mengamuk Foto Disalah Guna – “Bodoh Apa Guna Gambar Adik Beradik Melvin”

Hambekk kan dah kena sound dengan Syatilla… yang bukan-bukan ja nak guna gambar orang pun 😌

Hiburan Fri, 29 Nov 2024
Featured Mon, 22 Jun 2026

Catat Lebih 60,000 Video Ciptaan Di TikTok, Ammar Haikal Tampil Dengan Debut Single ‘Gila Bayang’

Peminat Kumpulan The Weeknd ini bersyukur apabila dia kini tampil dengan debut single terbaharunya, Gila Bayang.

Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Buka Syarikat Sendiri, Zamani Kini Di Bawah Pengurusan ZIME Production

Zamani menegaskan tidak melantik mana-mana pihak lain untuk mencetak atau menjual produk yang menggunakan namanya.

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Paduan Suara Tomok, Black Bakal Bergema Di DFP 28 November

Rutin harian kami turut berubah contohnya kami lebih rajin ke gimnasium dan berlari sekurang-kurangnya 5 kilometer setiap hari.

error: Content is protected !!