Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 10, 2023 @ 5:58pm

Caprice Berdamai Dengan Anggota Polis Ajak Bagi Penampar, Komen Netizen Ini Curi Perhatian!

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice akhirnya bersemuka dan berdamai dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli bertemu dengan anggota polis yang dikenali sebagai Syafiq semasa makan malam di sebuah restoran bersama pasangan mereka masing-masing.

Malah, dia turut memohon maaf kepada seluruh unit PDRM dan akan terus menyokong mereka.

“I am with my brother, Syafiq from PDRM. Daripada kita bergaduh, lebih baik kita berdamai, Insya-Allah. We are just about to have some dinner.

“Cap nak minta maaf pada pihak PDRM sebab mungkin cara saya terlalu kasar. Syafiq is a great guy dia pun dah minta maaf.

“My whole family memang kakitangan kerajaan jadi saya akan sentiasa sokong PDRM Malaysia, Insya-Allah,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Terdahulu, Syafiq memberi cadangan dan cuba mempengaruhi orang ramai untuk menggunakan kekerasan terhadap Caprice.

“Pegi tampau kan je muka budak pelat Caprice tu,” tulis Syafiq.

Menurut Caprice, tindakan tersebut adalah satu jenayah terutama kata-kata itu ditulis oleh seorang anggota polis.

“Can you guys imagine, seorang anggota polis boleh cadang atau bagi idea to the public untuk tampau atau tampar seseorang. It’s already a jenayah.

“Siapa yang cadang? Seorang anggota polis. That is very very dangerous and reckless,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, terdapat komen yang mencuri perhatian dan tanda setuju netizen apabila dikatakan kaum lelaki lebih mudah berdamai berbanding kaum wanita.

“Lelaki. Pinjam lighter pun dah boleh jadi best friend. Perempuan, bertahun kenal kalau terpakai tudung warna sama pun boleh putus kawan,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Oct 2025
Trending Wed, 16 Dec 2020
Events Fri, 10 Jun 2022
Events Thu, 9 Jan 2020

李心洁自认与角色相符!若年轻30岁张艾嘉会抢演角色

李心洁自认与《夕雾花园》角色相符!张艾嘉自嘲若年轻30岁,会与李心洁抢演角色。

Featured Tue, 6 Apr 2021

“Setelah Digantung Tanpa Bertali, Akhirnya Saya Bercerai” – Nadia Brian

Perkahwinan pelakon, Nadia Brian 31 tahun dan suaminya Muizz Nasruddin berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada Jumaat lalu. Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menerusi Instagram memberi kenyataan mengenai penceraian […]

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Muzik Video ‘Comel Pipi Merah’ Trending!

Muzik video yang dimuat naik melalui You Tube rasmi DatoSNurhalizaVEVO memperlihatkan perjalanan Siti ke dalam bilik pembedahan sehinggalah saat melahirkan Siti Aafifah.

Trending Wed, 7 Jul 2021
Hiburan Tue, 24 Sep 2024
Hiburan Thu, 27 Nov 2025
error: Content is protected !!