Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 10, 2023 @ 11:36am

Persatuan Haiwan Malaysia Tegur Aaron Aziz Isu Letak Ular Atas Sangkar Kucing

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz, 47, ditegur oleh Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) untuk lebih peka dan sensitif terhadap isu keselamatan melibatkan haiwan domestik seperti kucing daripada didedahkan dengan bahaya.

Ia susulan tular sebuah video live miliknya memaparkan pelakon itu sedang memegang ular sawa dan meletakkannya diatas sangkar yang terdapat kucing di dalamnya.

“Aksi meletakkan ular sawa berdekatan kucing walau dalam keadaan bersangkar boleh menyebabkan kucing ketakutan melampau memandangkan ular dan kucing adalah dua entiti pemangsa dan mangsa.

“Akibatnya kucing akan mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam apabila melihat dan bau musuh berdekatan.

“Aaron Aziz mungkin tidak memahami bahawa negara Malaysia mempunyai Akta Kebajikan Haiwan 2015 seliaan @lembagakebajikanhaiwan @dvsmalaysia_official yang melindungi haiwan domestik seperti kucing daripada didedahkan dengan bahaya seperti terkandung dalam 5 Elemen Kebajikan Haiwan iaitu mengelak daripada haiwan peliharaan daripada bahaya dan ketakutan melampau.

“Manakala Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 seliaan @perhilitan_malaysia pula menggariskan setiap haiwan liar seperti ular sawa perlu mempunyai Lesen untuk memiliki haiwan liar dan mengadakan persembahan atau tayangan umum sama ada di jalanan arau media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, pihak MAA menasihatkan agar Aaron lebih sensitif dan peka dalam mengendalikan media sosial, terutamanya apabila melibatkan haiwan domestik dan liar sekaligus berharap perkara sama tidak akan berulang lagi.

 

Sedar dengan teguran yang diberikan, aktor yang popular menerusi filem KL Gangster itu tampil memohon maaf atas tindakannya menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 

Sumber: Awani, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Featured Tue, 15 Aug 2023
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Ini Pesan Terakhir Bob Lokman

Sebelum ini, Bob pernah di tahan di UiTM Private Speialist Centre, Sungai Buloh akibat mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak pada awal Januari lalu

Hiburan Thu, 21 Feb 2019
Featured Thu, 2 Aug 2018

Manfaat ‘Air Orang Kaya’ Yang Perlu Anda Tahu

‘Air orang kaya’ ini boleh mencecah RM15 hingga RM20 sebotol! Agak mahal kan untuk air yang tiada perisa?

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Tahniah! Ruhainies Sudah Dilamar Mr E

Ruhainies langsung tidak menyangka kekasihnya itu melamar di lokasi berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan.

Trending Sat, 13 Feb 2021

“Banyak Dugaan Sebelum…” – Dikompaun Kerana Langgar SOP, Ini Penjelasan Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dia dan suami, pelawak Shuib menempuhi pelbagai dugaan sebelum sampai ke Kelantan. Berada di sana untuk tujuan pembukaan dua cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian, staf mereka terlibat […]

Featured Wed, 17 Aug 2022
Hiburan Sat, 13 Dec 2025

“Apa Pun Berlaku, Dia Tetap Ibu Saya” – Anna Jobling Pilih Berdamai

Anna Joblinh dan ibunya dilihat berpelukan di karpet merah ABPBH37

error: Content is protected !!