Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 11, 2023 @ 7:33pm

Dr Say Sayu Anak Sulung Terima Kad OKU – “Nak Kata Saya Malu, Sikit Pun Tak”

Selebriti media sosial, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dikenali Dr Say sekali lagi menjadi perhatian di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Say memuat naik foto dia bergambar bersama Kad Orang Kurang Kupaya (OKU) anak sulungnya, Aezriel Muhammad Shazril atau dikenali sebagai Ace.

Menurut Dr Say, dia turut meluahkan rasa sedih ketika mengambil kad OKU tersebut malah sedikit pun tidak berasa malu anaknya bergelar seorang OKU.

“Terus terang cerita bila nak amik kad OKU harini terasa sangat berat, rasa macam “aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?” tapi saya gagahkan jua sebab saya juga yang apply kad OKU tu.

“Sampai dekat JKM Sepang, sepi takde orang lain. Macam suasana dicipta untuk saya soaked in yang anak saya istimewa, anak saya kelainan upaya & ini buktinya.

“Dalam kereta saya amati elok-elok kad OKU tu. Besar-besar tulisan kad OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya & ada gambar Ace senyum yg cukup suci, ikhlas & naive.

“Berjurai air mata saya. Saya taktau sebab apa. Nak kata saya malu pegang kad OKU ni sikit pun tak, sebab saya tahu kad inilah yang boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau wife tiba-tiba tiada di dunia ini,” jelasnya.

Tambah Dr Say dia menerima anak istimewanya itu kini seorang yang memegang status OKU.

“Nak kata saya sedih anak saya OKU juga tak sebab OKU doesnt mean dia tak boleh enjoy the world like other kids do.

“Saya serius taktahu kenapa saya sayu tapi it took me quite some time to accept that my son is now “OFFICIALLY” different,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Dr Say yang sering berkongsi ilmu dan tips kesihatan di media sosial turut memaklumkan bahawa kad OKU mempuyai pelbagai manfaat kepada pemegang dan ibu bapa.

“Kad OKU ni ada banyak keistimewaannya antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan, butterfly effect bila travel tapi ultimatumnya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yang akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa kita dapat,” kongsinya.

Malah Dr Say turut mengajak orang ramai yang mempunyai anak istimewa untuk mendaftar kad OKU.

“Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul-betul nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan & keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. My son has an OKU card & i am content.

Pada 2021, doktor mengesahkan anak sulung Dr Say, Aezriel atau panggilan manjanya Ace menghidap autisme tahap sederhana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Chanyeol and Seohyun Caught in an Intimate Moment

They look so perfect together.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Selesa Bertiga, Forteen Belum Terfikir Cari Pengganti Izzue Islam

Forteen juga baru sahaja tampil dengan single terbaharu berjudul Diam Saja yang mana liriknya ditulis sendiri oleh mereka.

Hiburan Sat, 31 May 2025
Trending Wed, 4 Jul 2018

《迪士尼童话》王子公主「幸福地活到老」

迪士尼的王子和公主们结婚后,大家都知道,接下来便是幸福快乐过完一生。但是承诺携手到老的他们,究竟成了什么样子呢?

Featured Sat, 23 Aug 2025
Hiburan Fri, 21 Feb 2020
Hiburan Thu, 25 Apr 2019

It’s A Boy! Anzalna Nasir Bakal Lahirkan Anak Lelaki Jun Ini

Ini merupakan kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga besar Anzalna!

error: Content is protected !!