Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 15, 2023 @ 3:55pm

Mengajar Semasa PKP, Shazabae Kongsi Cabaran Jadi Pensyarah – “Garang Tetap Garang Tapi…”

Pelakon dan pengacara, Shazabae, 28, berkongsi pengalaman menjadi pensyarah selama setahun semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, tidak mudah untuk mengajar pelajar-pelajarnya terutama menggunakan pembelajaran atas talian.

“Saya mengajar time PKP so at that time cabarannya adalah untuk mengajar my students through online. Saya kesian dekat student saya sebab mereka tak dapat merasa jadi student biasa.

“Cabaran saya adalah untuk make sure learning environment tu masih relevant and masih seronok untuk mereka belajar,” ujarnya.

Disoal sama ada sukar atau tidak untuk mengajar pelajar yang tidak jauh usia daripadanya, Shaza berkata, ia lebih menyenangkan sebab dia lebih memahami kehendak mereka.

“Tak susah sebab saya rasa saya lebih faham mereka. Saya akan gunakan approach yang dimana saya letakkan diri saya dalam diri student tu.

“Garang tetap garang tapi saya nak student saya fikir luar daripada kotak dan bukan semata-mata book smart je.

“Sebab zaman sekarang ni, semua orang pandai. Tapi nak cari orang yang pandai book smart and street smart ni agak susah. Orang yang ada common sense, orang yang bukan sahaja guna IQ tapi EQ juga,” jelasnya.

Sementara itu, dia sering membuat ulangkaji dan mencari rujukan untuk pembelajaran seminggu sebelum kelasnya bermula.

“It’s always a week before my class. Bila you mengajar, you jadi student balik sebab you kena belajar apa yang you kena ajar tu,” katanya semasa ditemui di Rumah Terbuka FYP Media x Indigital Music di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Gara-gara Berat Badan, Aishah Tak Lalu Makan

Jangan sampai jatuh sakit ya?

Featured Mon, 30 Mar 2026

“Anak Mama Kuat! Kesilapan Itu Bukan Bermakna Adik Gagal” – Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania

Pelakon Abby Abadi tampil memberikan kata-kata semangat dan nasihat buat anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Mon, 30 Dec 2024

CSOIAM: Trauma Dengan Insiden Hitam, Marygrace Terkenang Momen Bapa M*ti Dibun*h Depan Mata Sendiri

Perkongsian Marygrace mengenai insiden hitam melibatkan bapanya yang mati dibunuh rakan sendiri menyentuh hati penonton.

Selebriti Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Kumpulan Estranged Kini Jual CD?

Wow! Dah lama tak dengar khabar dari Kumpulan Estranged kan?

error: Content is protected !!