Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana May 17, 2023 @ 3:06pm

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Drama Terbaharu, Daiyan Trisha Dikritik Netizen

Tular sebuah perkongsian seorang pengguna media sosial TikTok apabila dia memuat naik gambar barisan pelakon drama adaptasi dari negara Korea yang sedang dalam proses penggambaraan.

Menerusi perkongsian tersebut, netizen membanjiri komen dengan mengkritik pemilihan pelakon Daiyan Trisha sebagai peneraju utama bersama Hun Haqeem.

Rata-rata netizen membandingkan bakat lakonan yang dimiliki oleh Daiyan dengan pelakon wanita lain dan netizen turut mendakwa aktres lain lebih sesuai untuk membawa watak tersebut.

“Suka drama ni tapi kenapa Daiyan?

“I’m ready but really tired of Daiyan. She’s great but she’s everywhere

“Daiyan buat aku tak semangat, tapi akan ku gagahkan jua,” tulis netizen di ruangan komen.

Perkongsian itu memaparkan gambar-gambar barisan pelakon yang terlibat dalam drama tersebut ialah Hun Haqeem, Mierul Aiman, Elizabeth Tan serta Daiyan sendiri.

Untuk info, drama tersebut merupakan drama adaptasi dari Korea Selatan, W Two Worlds yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Lee Jong Suk dan Han Hyo Joo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Trending Thu, 2 Aug 2018

Bimbang Diancam Stalker, Pemandu Bas Berbaju Kalis Peluru Setiap Hari

Imre Marton, memakai baju kalis peluru itu setiap hari kerana bimbang pengendapnya, Charlie Howells, bertindak di luar kewarasan.

Hiburan Mon, 16 Jan 2023
Trending Thu, 19 Nov 2020
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Trending Fri, 27 Dec 2019

Mandi Seminggu Sekali Rahsia Kekal Cantik, Nampak Muda

Ini pendedahan dari pereka fesyen

Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Semoga Yang Benar Terus Dilindungi” – Bella Astillah Percaya Setiap Ujian Dilalui Syed Saddiq Ada Hikmah

Bella berharap segala urusan membabitkan Saddiq dipermudahkan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi detik penting itu.

error: Content is protected !!