Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 17, 2023 @ 7:17pm

Sering Dikecam Rakan Sekolah Disebabkan Anak Selebriti, Anak Minta Lan Solo Berhenti Jadi Artis – “Sampai Satu Tahap Dia ‘Give Up”

Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim meluahkan rasa sedih apabila berkongsi saat anak sulung mereka, Nur Amna Qaleesya sering menerima kecaman daripada rakan-rakan dek kerana anak seorang selebriti.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Sheila bersimpati dengan anaknya yang berdepan kecaman di waktu kecil.

“Dia banyak korban masa kanak-kanak dia dengan kecaman. Dia terlalu kecil untuk berdepan dunia kecaman.

“Kesian sebenarnya, dia enjoy sikit pun salah di mata netizen. Dia menari pun salah, serba serbi salah hanya kerana dia anak selebriti,” tulis Sheila apabila menjawab pertanyaan pengikutnya mengenai anak sulungnya itu.

Lebih mengejutkan, Sheila turut mendedahkan anak sulungnya itu berputus asa dengan apa yang dilaluinya sehingga mahu ayahnya berhenti menjadi artis.

“Sampai satu tahap dia ‘give up’ dengan hidup dia, sampai dia pernah cakap ‘boleh tak daddy tak payah jadi artis’. Sebab kawan-kawan sekolah dia tak pernah ke kecam.

“Sedangkan mereka juga main TikTok, menari dan mengaji juga. Korang faham kan?,” ujar Sheila.

Tambah Sheila, dia bersyukur mempunyai rakan yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada Amna.

“Kadang saya tertanya-tanya, netizen tak pernah kecil ke? tak pernah lalui zaman kanak-kanak? Main kahwin-kahwin, masak-masak guna daun.

“Dulu tak pernah pakai seluar pendek masa kecil? Tapi nasib baik Mama Syura dan Aunty Fiza selalu bagi dia semangat untuk teruskan minat dia,” ujar Sheila lagi.

Untuk info, Sheila dan Lan berkahwin pada 5 Disember 2009.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 11, Nur Amna Qeesyara, 8, Muhammad Akid Qassyaf, 7 , dan Nur Amna Quxandra, 5.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Aliff Syukri Ubah ‘Selera’

Pelan ini dijangka akan bermula enam bulan dari sekarang

Hiburan Mon, 16 Oct 2023

Famili Duo 3: Komedi Atas Pentas Curi Hati Penonton, Sharif & Syaiful Zero Dinobatkan Duo Terbaik!

Congrats Sharif & Syaiful! Memang best gila persembahan dorang siap dapat standing ovation tau

Hiburan Mon, 17 Sep 2018
Trending Fri, 8 Jan 2021
Events Thu, 20 Feb 2025

Kes B*nuh Zayn Rayyan: Pengasuh Dakwa Dengar Suara Cuba Lepaskan Diri

Pengasuh Zayn Rayyan memaklumkan oerkara itu dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Trending Tue, 8 May 2018

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus Ribuan Penduduk Diarahkan Berpindah

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Video Anak Senyap Tiba-Tiba, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Tiara & Achey – “Anak Lawak, Ayahnya Lagilah Lawak!”

Pelawak terkenal, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah sering berkongsi momen dan gelagat kelakar bersama dengan isteri dan anaknya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Baru-baru ini, Achey memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagram […]

Hiburan Wed, 28 May 2025

[VIDEO] Selera Dah Berubah, Leona Kini Jatuh Hati Pada Jejaka Sepanyol

Leona nak berhenti ambil kelas Mandarin, mahu belajar bahasa Sepanyol

error: Content is protected !!