Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 17, 2023 @ 8:06pm

“Saya Keluar Dengan Cara Baik” – Irfan Haris Nafi Ada Masalah Dengan Bekas Label Rakaman, Umum Sertai EMI

“Saya nak cuba benda dan persekitaran baharu.”

Demikian respons penyanyi Irfan Haris apabila disoal mengenai keputusannya yang menyertai syarikat rakaman EMI Music Malaysia (EMI), baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna Pendekatan Lebih Segar & Ikut Trend, EMI Kini Kembali!

Irfan menjelaskan keputusan tersebut bukan disebabkan syarikat label terdahulu tidak memberi layanan yang baik terhadapnya sebaliknya mahu bekerjasama dalam persekitaran baharu.

“Tak ada, saya tak ada masalah apa-apa dengan syarikat rakaman itu.

“Saya keluar pun dengan cara yang baik. Lagipun kontrak saya dengan mereka juga telah tamat tempoh . Lama juga bersama mereka, tiga tahun.

“Saya suka bekerja dengan orang ramai, saya nak tengok kemampuan setiap label. Saya tiada masalah dengan syarikat label lama saya, saya okey saja,” jelasnya ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran semula EMI di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, semalam.

Irfan Haris membuat persembahan pada majlis pelancaran semula EMI Music Malaysia (EMI), semalam.

Ditanya apakah harapan bersama syarikat label baharu, pelantun lagu Bisik ini mengharapkan sesuatu yang besar daripada EMI sendiri bagi mengekalkan legasi sohor EMI.

“Saya harap sesuatu daripada EMI. Kita tahu EMI adalah syarikat label yang besar.

“Apa yang saya boleh cakap, saya berjanji akan bekerja lebih 100 peratus untuk mencapai legasi EMI. Saya percayakan mereka dan begitu juga sebaliknya.

“Ini buku baru saya, saya nak sukses bersama EMI,” ujar Irfan.

Ditubuhkan pada 1966, EMI pernah menaungi artis-artis legenda antaranya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman Haji Arshad dan Datuk Sharifah Aini. dan ramai lagi bakat-bakat besar tanah air.

Operasi EMI Malaysia dihentikan sebagai syarikat tunggal pada September 2008 namun pada 2014, EMI kembali dijenamakan dan menyertai Universal Music Group.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Thu, 15 Jul 2021

Bayaran RM500 One Off PEMERKASA Plus Dibayar Mulai…

Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bayaran bagi penerima bantuan Pemerkasa Tambahan kategori servis pengangkutan awam akan dibayar bermula  27 Julai ini. Menerusi kenyataan yang dikemukakan oleh agensi itu, tarikh pembayaran dipinda daripada perancangan terdahulu […]

Hiburan Thu, 19 Jun 2025
Hiburan Mon, 18 May 2026

Penangan Hafidz Roshdi? ‘Cinta Kedua’ Meledak Dengan Lonjakan Penstriman Lebih 40%, Saksikan Di Tonton Sekarang!

Cinta Kedua yang bersiaran di Tonton terus mencetus fenomena apabila mencatat peningkatan lebih 40 peratus dari segi jumlah penstriman.

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Kini Hafiz Suip Ubah Penampilan Diri!

Namun, kemunculan penyanyi yang berasal dari Sarawak ini mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan imej berserban dan berjubah.

Trending Sun, 15 Dec 2019

Sanggup Redah Hujan Demi ‘Laptop’ Tapi..

Hanya kerana laptop sanggup redah dalam hujan basah kuyup demi anak tapi….

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

Wany Hasrita Selesa Keluar Zon Selesa

Saya tidak mahu lagi bakat diperkecilkan.

error: Content is protected !!