Euforia Bola 2026
Acara By: Salma Syahbuddin May 18, 2023 @ 2:32pm

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Penyanyi dan komposer popular Indonesia, Andmesh Kamaleng mengaku berasa teruja datang ke Malaysia sempena mempromosikan konsertnya yang bakal diadakan pada 4 Jun nanti di Plenary Hall, KLCC.

Menurut Andmesh, datang ke Malaysia merupakan impiannya sejak kecil, bahkan sudah menganggap negara ini seperti saudaranya apatah lagi tempat asalnya jauh dari kota Jakarta.

Justeru, dia tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju mengadakan konsert di Malaysia.

“Dari kecil lagi saya memang teringin untuk datang Kuala Lumpur. Kerana saya rasa orang Malaysia sudah seperti saudara sendiri. Tambahan lagi, sememangnya tempat asal saya memang jauh dari Jakarta, jadi impian saya memang mahu ke Kuala Lumpur dan mengadakan konsert di sini. Jadi bila saya diajak untuk buat konsert di sini, saya tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir. Saya terus bersetuju!” katanya.

Andmesh berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsertnya, Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur yang diadakan di The Curve, Petaling Jaya pada Rabu.

Andmesh yakin 100% konsertnya akan berjalan dengan lancar

Berkongsi mengenai perjalanan konsertnya nanti, pelantun lagu Hanya Rindu ini memaklumkan, konsert Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur akan membawa tema cinta dan sebanyak 15 hingga 16 buah lagu akan dipersembahkan dalam masa dua jam.

Malah,  ini adalah kali pertama dia membawakan lagu-lagu popular ciptaannya yang dinyanyikan oleh Mahalini dan Rossa serta lagu barunya berjudul Luka yang ditujukan khas buat ayahnya.

Menurutnya, ini adalah satu kejutan buat peminat di Malaysia.

“Saya sudah mempersiapkan konsert secara matang, saya harus memiliki konsert yang penuh dengan cerita, jadi konsepnya semuanya sudah sedia dan kita tidak mahu datang hanya mahu membuat persembahan dan pulang.

“Kerana bagi saya, harus berkesan memberikan konsert kerana setiap perjalanan saya bererti dan saya mahu berkongsi semua lagu yang saya tulis itu pasti mempunyai ceritanya dan semoga ia boleh memberikan inspirasi.

“Dan, ini adalah kali pertamasaya akan membawakan lagu-lagu ciptaan termasuklah lagu Sial dari Mahalini dan Terlalu Berharap yang dinyanyikan oleh Rossa. Ini juga adalah kejutan buat peminat di Malaysia. Serta lagu baruberjudul Luka yang ditujukan buat ayah saya,” jelasnya.

Pertama sekali datang ke Malaysia, Andmesh akui menyukai mi goreng mamak dan teh ais.

Ketika ditanya mengenai pengalaman pertamanya berada di Kuala Lumpur,  Andmesh mengaku sudah jatuh cinta dengan mi goreng mamak dan teh ais.

“Saya suka mi goreng mamak. Bukan setakat makan di restoran, saya siap bungkus lagi. Bagi saya, rasanya manis dan ternyata rempah-rempah di Malaysia tu sedap sangat.

“Saya awalnya, suka sekali teh o ais, tapi setelah sampai ke sini saya salah pesan dan yang datang air teh bersusu (Teh Ais) jadi dari situ saya lebih suka teh ais”. ujarnya.

Untuk rekod, nama Andmesh mula mencuri perhatian pendengar di Malaysia selepas lagunya berjudul Cinta Luar Biasa dan Hanya Rindu mendapat sambutan sehingga ke hari ini.

Dan, kepada semua peminat yang mahu menyaksikan konsert Andmesh, anda bolehlah layari andmesh.ubertickets.asia untuk pembelian tiket.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Dec 2021

Terkejut Jumpa Ular Sawa 250 Kilogram Di Tapak Pembinaan

Sekumpulan pekerja di tapak pembinaan di Sungai Kerak terkejut dengan dua ekor ular sawa batik termasuk seekor ular yang bersaiz gergasi seberat 250 kilogram (kg) pada Rabu. Seekor ular sawa betina seberat 250 kg dijumpai […]

Events Sat, 31 May 2025
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

‘Selesa Dengan Adam Tapi…’- Sweet Qismina

Peminat mula memberikan reaksi positif.

Featured Wed, 24 Dec 2025

“Saya, Isteri & Anak Tak Pernah Kacau Orang, Tapi Orang Selalu Cari Masalah.. Lepastu Buat Video Minta Maaf, Kepala B*na Kau!”- Aaron Aziz

Aaron menegaskan, dia, isteri dan anak-anak tidak pernah mengganggu sesiapa, namun tetap menjadi sasaran provokasi orang luar.

Featured Sat, 5 Feb 2022
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Rossa Bengang Dituduh Buat Pembedahan Wajah?

Penyanyi terkenal dengan lagu Aku Bukan Untukmu ini menjelaskan bahawa penampilannya yang berbeza di dalam gambar kerana… 

LIFESTYLE Sat, 31 Mar 2018

Shopping Has Never Been Easier and More Cost Saving Thanks to CJ WOW SHOP

It’s CJ WOW SHOP’s 2nd anniversary and they’ve got loads of surprises in store.

error: Content is protected !!