Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 18, 2023 @ 6:10pm

Bunga Isme Maklum Sudah Tunang Untuk Jaga Perilaku, Rancang Kahwin 3 Tahun Lagi – “Pendedahan Ini Menjadi Peringatan Agar…”

Penyanyi Bunga Isme menyifatkan tindakannya memaklumkan kepada umum telah bertunang dengan kekasih yang juga seorang penyanyi, Amzar Sabri sebagai tanda menghormati pasangannya.

Memetik laporan Utusan, Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari mengatakan tiada sebab untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum.

“Kita kena kongsi perkara yang baik supaya ramai tahu saya sudah menjadi tunangan orang, sedang menjalinkan hubungan yang serius.

“Pendedahan ini juga menjadi peringatan buat diri sendiri agar jaga perilaku sebagai tunang orang,” katanya.

Untuk rekod, Bunga dan Amzar mengikat tali pertunangan selepas empat tahun bercinta.

Disoal tentang perancangan untuk berkahwin, Bunga dan pasangan masih belum memutuskan sebarang tarikh lagi.

Menurutnya, dia mahu membina kerjaya dan menetapkan hala tuju kehidupan sebelum mengakhiri zaman bujang.

“Saya juga masih lagi belajar. Selepas tamat pengajian, mahu kerja dahulu.

“Mungkin selepas tiga tahun (akan berkahwin), Insya-Allah. Itu adalah masa yang sangat sesuai memandang saya pada ketika itu sudah berusia 26 tahun,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Kali Ni Kita Approve!” – Dapat Sambutan Positif, Peminat Teruja Dengar Lagu ‘Mama Papa Raya’ Nyanyian Aliff Syukri

Wow, ramai yang approve lagu Raya Datuk Seri Aliff Syukri duet bersama Datin Seri Nur Shahida!

Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Trending Tue, 7 Nov 2023
Trending Wed, 4 Dec 2019

#ApologizeToSeungri Trends When BIGBANG Seungri Is Found Innocent

So, is it true that the said K-pop idol is actually innocent? So, he’s been falsely accused all this while?

Trending Tue, 16 Mar 2021
Featured Wed, 29 Dec 2021

“Kalau Bagi Tahu Nanti, Orang Kata Buat Kontroversi” – Perkongsian Terbaru Aliff Syukri Di Hospital Buat Netizen Tertanya-Tanya

Baru-baru ini usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya meminta orang ramai untuk mendoakannya supaya kuat dan tabah.   View this post on Instagram A post shared by Aliff […]

error: Content is protected !!