Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain May 22, 2023 @ 1:08pm

Sokong Konsert Coldplay, KJ Tetap Beli Tiket Secara Sah

Penyampai radio Hot FM dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, tampil memberi sokongan terhadap penganjuran konsert siri jelajah Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Bukit Jalil, pada 22 November ini.

Malah, Khairy atau KJ turut mengakui dirinya sudah membeli tiket untuk menyaksikan konsert tersebut ketika ia mula dijual, pada 16 Mei lalu.

“Ya, saya beli tiket walaupun bukan mudah. Saya beli secara sah,” katanya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh KJ ketika ditemui pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Hot FM dan Buletin FM, semalam.

Kekal dengan pendiriannya, KJ turut menyatakan bahawa Malaysia perlu meraikan kehadiran bintang ternama antarabangsa.

“Masyarakat Malaysia ada pelbagai jenis. Ada konservatif, liberal dan sebagainya.

“Yang konservatif, mereka ada sedikit masalah dengan acara hiburan seperti konsert. Dalam industri hiburan, kita sentiasa berdepan dengan perkara ini.

“Saya kekal dengan pendirian Malaysia kena menjadi negara yang mengalu-alukan kehadiran artis ternama antarabangsa. Lagi pula, ia tidaklah keterlaluan,” jelasnya.

Selain itu, KJ juga menganggap kehadiran bintang antarabangsa ini juga mampu memberikan kesan positif kepada negara terutamanya dari sudut ekonomi dan pelancongan.

“Kalau sekat kehadiran artis antarabangsa, kita yang akan rugi dari sudut ekonomi dan pelancongan. Selain itu, kerugian juga buat artis tempatan untuk mendapat inspirasi kehadiran mereka ini,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Menteri itu juga sempat mengulas tentang isu ‘scalpers’ atau ulat tiket yang menjual semula tiket tersebut dengan harga yang tidak masuk akal.

KJ turut menyarankan pihak penganjur mencontohi sistem negara luar yang lebih menekankan ciri keselamatan.

“Banyak cara boleh dipelajari daripada negara luar. Contohnya, tiket dijual perlu dicetak dengan nama dan nombor kad pengenalan supaya tidak dijual semula oleh individu yang mengambil kesempatan.

“Kalau tak dapat pergi, pembeli kena jual semula kepada penganjur.

“Saya rasa, masalah ini bukan berlaku di Malaysia sahaja. Mungkin apa yang berlaku boleh dijadikan sebagai iktibar.

“Selepas ini, kerajaan boleh letakkan syarat kepada penganjur untuk menyusun atur strategi penjualan tiket,” katanya.

Terdahulu, KJ tampil memberikan pendapat mengenai isu kontroversi kehadiran Coldplay di Malaysia yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin parti politik.

Malah, pandangan itu telah diutarakan menerusi sebuah rancangan podcast, Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama rakan seperjuangannya dalam dunia politik, Shahril Hamdan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Tue, 6 Sep 2022
LIFESTYLE Tue, 25 Dec 2018

Alamak! Bahana Guna Perkakas Dapur Berkarat

Periksa Perkakas Sebelum Masak, Sudip Berkarat Boleh Memudaratkan Kesihatan

Selebriti Tue, 16 Apr 2024
Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Thu, 17 Aug 2023

COËX Perkenal Single Pertama, Gimme That Crown

Wah, good luck COËX, Gimme That Crown!

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Dihujani Dakwaan Curang, Aliff Aziz Mohon Beri Ruang

Aliff sedang berbincang dengan keluarga dan mohon diberi ruang…

error: Content is protected !!