Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana May 23, 2023 @ 8:06pm

Bella Astilah Mengalah, Rela Duduk Dalam ‘Aircond’ Sebab Aliff Aziz Tak Tahan Panas

Pelakon dan penyanyi cantik, Bella Astilah terpaksa mengalah duduk dalam penghawa dingin ketika berada di rumah bersama suaminya, Aliff Aziz.

Mengulas mengenai keadaan cuaca panas yang berlaku di negara ini, Bella mendedahkan Aliff tidak tahan dengan cuaca panas dan ia sangat berbeza dengan dirinya.

“So far saya memang boleh tahan panas tapi kalau macam Aliff, dia memang tak boleh. Dia seorang yang tak boleh tahan panas dan memang akan duduk dalam aircond,” ujar Bella.

Bella berkata, dia tidak tahan duduk dalam keadaan yang sejuk tetapi disebabkan suami dan anak-anaknya, dia mengalah.

“Saya pula jenis yang tak tahan sejuk so memang ngam lah, seorang tak tahan panas, seorang lagi tak tahan sejuk.

“Tapi sebab anak-anak semua pun suka sejuk, jadi Bella memang kena mengalahlah, dah pakai aircond, buka kipas semualah,” katanya.

Bella ditemui di majlis pelancaran cawangan ke-13 pusat karaoke Loud Speaker di pusat beli belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, wanita berusia 29 tahun ini juga sering memantau anak-anaknya, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas melanda Malaysia selepas anak lelakinya, Mohamed Ayden Adrean demam sehari sebelum raya.

Dia sekeluarga terpaksa membatalkan tiket penerbangan ke Singapura pada Hari Raya kerana anaknya terpaksa dimasukkan ke hospital.

“Sepatutnya balik tapi tak dapat balik last minute anak pertama kali kena demam yang terlalu panas sampai masuk hospital jadi kita tak dapat balik raya. Tapi, mertua semua datang dari Singapura ke Malaysia.

“Ini kali pertama anak saya demam panas sampai sawan dan masuk hospital selama empat hari,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Aug 2018

Baru Berusia 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar ‘Malaikat’ Kerana Kecantikannya

Jare Ijalana digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.

Featured Mon, 27 Jun 2022
Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Sat, 23 Nov 2019

Demi Anak-Anak, Adira Tak Jadi Cerai

Semoga kesudahan yang baik-baik saja buat keluarga Adira dan Datuk Red.

Events Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Taeyang Kahwin Februari 2018

Pasangan ini bakal berkahwin pada bulan Feb sebelum Taeyang menjalani latihan ketenteraan.

Events Fri, 5 Aug 2022

Gara-Gara ‘Jobless’, Aril Pilus Akui Pernah Kena Anxiety – “Nak Kekal Lama Dalam Industri Kena…”

Siapa je yang tak terkesan kan bila takdak kerja 😌 Semoga Aril dikurniakan dengan rezeki yang tidak putus-putus 🤲

error: Content is protected !!