Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 26, 2023 @ 7:10pm

Tak Ada Beza Langsung Dengan Jamal Abdillah, Zaki Yamani Risau Suara Akan ‘Pecah’ – “Memang Best Kalau Dapat Suara Ayah Tapi…”

Baru-baru ini tular rakaman video yang memaparkan penyanyi Zaki Yamani berduet bersama bapanya yang juga seorang penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah dengan menyampaikan lagu hits Jamal iaitu Gadis Melayu di sebuah acara.

Ternyata perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet apabila ramai mengatakan suara Zaki seakan-akan sama dengan bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Zaki Lebih Jamal Daripada Jamal” – Nyanyi Lagu ‘Gadis Melayu’, Gelagat Zaki Yamani Duet Bersama Jamal Abdillah Raih Perhatian

Terbaharu, sekali lagi nama Zaki menjadi perhatian apabila turut tular sebuah video dia menyanyikan lagu sama di sebuah rakaman program televisyen (TV).

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Rata-rata warganet sekali lagi terpesona dengan kelunakan suara Zaki yang kini hampir sama dengan bapanya.

Berkesempatan bertemu dengan Zaki, XTRA ada menemu bual dengan juara program Famili Duo Tv3 itu baru-baru ini bagi mendapatkan reaksi beliau.

Menurut Zaki, dia menidakkan cakap-cakap netizen apabila menyamakan suaranya seperti bapanya. Malah, berharap suaranya tidak menyamai bapanya jika meningkat dewasa kelak.

“Saya sekarang umur 17 tahun. Ketika saya sertai program Famili Duo, orang dah mula bercakap yang suara saya macam bapa saya, padahal bagi saya tidak.

“Saya juga berharap saya tak menyamai suara bapa saya sebab cara percakapan dan nyanyian saya berbeza. Saya cuma kembangkan sedikit sahaja.

“Memang best kalau dapat suara ‘Jamal’ tetapi saya mahukan suara saya yang sendiri. Saya takut bila meningkat umur nanti suara saya akan lagi ‘pecah’, dah harap ia jadi suara ‘Zaki bukan Jamal’.

“Doakanlah suara saya tak sama macam ayah saya,” katanya kepada XTRA.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 May 2018

Tak Mahulah Hero Sama Saja…

Mungkin ada hikmahnya saya dan Zul tidak menang bagi kategori itu kerana saya tidak mahu dibayangi oleh seorang hero saja.

Hiburan Sun, 12 Oct 2025

Buat 2 Sesi Pagi & Petang… Lebih 2,000 Tetamu Meriahkan Resepsi Fattah Amin & Amira Othman Di Johor

Lebih 2,000 tetamu diraikan dalam majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor.

Hiburan Fri, 4 Oct 2024

Individu Dakwa Gangguan Makhkuk Halus Berpunca Daripada Simpan ‘Benda’, Zara Zya Tampil Bersuara!

Allahuakbar, tak baik la nak fitnah orang sampai macam tu sekali 🥹

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

June Lojong Anggap Watak Dalam Filem Polong Antara Paling Berat Pernah Dibawa

Menurut June Lojong, wataknya dalam filem Polong mendapat ilham daripada kisah benar.

Featured Fri, 15 May 2020

Denda RM1,000 atau 6 bulan penjara jika ingkar PKPB

Orang ramai diminta patuh arahan, elak dipenjara

Featured Wed, 5 Apr 2023
error: Content is protected !!