Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 29, 2023 @ 9:51am

Amelia Henderson Teruja Sarimah Ibrahim ‘Offer’ Berlakon Bersama

Pelakon jelita Amelia Henderson tampil meluahkan rasa terujanya selepas dipelawa oleh aktres Che Puan Sarimah Ibrahim untuk berlakon bersama.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Amelia menerusi sebuah hantaran di TikTok program podcast yang dikendalinya, Studio Sembang.

Dalam perkongsian tersebut, Sarimah telah bertanyakan kepada Amelia untuk berlakon bersamanya menerusi mana-mana drama.

“Kita berlakon sama nak? Siapa jadi mak, siapa jadi anak? ke kakak. Kakak dengan mak lain atau pun bapa lain ataupun sama?,” kata Sarimah.

Teruja dengan idea yang dicetuskan oleh Sarimah, Amelia terus kelihatan teruja dan menyahut pelawaan itu sekiranya diberikan peluang.

” I nak, tak bolehlah jadi mak ngan anak tu. Kakak lah. Mak ngan anak tu memang tak boleh percayalah. Kalau mak bapa sama saya rasa okay kot. Saya lagi happy kalau sama.

“Oh My God! kalau ada producer kat luar tu, ni just cadangan dari kami tau,” kata Amelia.

Terpegun dengan kecantikan pelantun lagu Kini Kau Tiada itu, Amelia juga menyatakan dia tidak sesuai untuk membawa watak seorang ibu kerana wajahnya masih kelihatan muda.

“Kak Sarimah tak boleh jadi ibu okay itu sangat susah untuk dipercayai. Kak Sarimah lagi nampak macam tua setahun dari saya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminat mereka yang turut teruja dengan idea tersebut.

@studiosembang can someone just make a petition for us all to sign already?? tapi apa plot twist paling gempak untuk cerita ni eh? 🤔 jangan lupa tengok episod ni on @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts tau! #jomsembang #studiosembang ♬ original sound – Studio Sembang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Aug 2025
Featured Wed, 13 Apr 2022
Trending Thu, 30 Jul 2020
Drama Fri, 24 Oct 2025

Adam Lee Tersentak Bertemu ‘Ayah’ Di Sarang Pelacuran Dalam ‘Bintang Di Langit Syawal’

‘Bintang Di Langit Syawal’ sebuah karya penuh emosi yang mengangkat tema kasih sayang, konflik keluarga dan pencarian identiti diri.

Trending Wed, 9 Jun 2021

Situasi Covid-19 Negara Kini Berada Pada Tahap Genting

Semoga yang terbaik buat Malaysia

Featured Fri, 23 Jul 2021

Penerima Vaksin Dibenarkan Rakam Video Di Pusat Vaksin

Berikutan terdapat pelbagai isu yang timbul mengenai petugas yang melakukan suntikan atau vaksin kosong terhadap penerima vaksin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, […]

Trending Sun, 1 Dec 2019

Dipercayai Hampir 10 Kesan Cucuk, KKM Tampil Siasat Isu Tangan Bayi

Kesiannya lihat tangan bayi kecilmempunyai kesan suntikan yang banyak.

error: Content is protected !!