Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri April 25, 2018 @ 6:17am

Bila Harga Menjadi Persoalan Samsung Galaxy A8, Peranti Seksi Kalis Air Bersama Dwi-Kamera Swafoto

Samsung adalah merupakan jenama telefon pintar yang sentiasa mengeluarkan peranti terbaru naik taraf mereka.

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8 Plus (2018) merupakan pengganti kepada model sebelumnya, Galaxy A7. Galaxy A8 dan A8 Plus menjadi taruhan Samsung untuk kelas pertengahan, namun tak dapat dinafikan Samsung pada ketika ini ditenggelami oleh beberapa model peranti keluaran China dalam segmen ini yang jauh lebih murah pada spesifikasi yang sama.

Pada kami, jawapannya mudah, Samsung mahu mengekalkan status jenama kepada pengguna dan ekslusiviti. Pada masa yang sama Samsung turut memperlihatkan beberapa ciri yang hanya ada pada flagship dalam membawakan nilai tambah kepada peranti kelas pertengahan mereka.

1. Rekaan Luaran (8/10)

Samsung nampaknya telah merombak rekabentuk untuk Galaxy A8 dan A8 Plus menjadikanya antara peranti yang elegen dan seksi. Pada kami binaan di bahagian sisi sangat kemas. Dengan binaan kaca di bahagian panel belakang membuatkan peranti ini sangat selesa dipegang. Rasa premium.

Dibahagian hadapan Galaxy A8 dibina dengan skrin Super AMOLED pada ukuran 5.6 inci manakala Galaxy A8 Plus pada ukuran 6 inci. Tiada komplen untuk paparan skrin kerana pada hemat kami, Samsung adalah raja kepada pembuatan skrin AMOLED pada ketika ini.

Kedua-duanya dengan resolusi HD penuh pada nisbah 18.5:9. Ini menjadikan Galaxy A8 peranti kelas pertengahan pertama dari Samsung yang mengetengahkan rekaan Infinity Display. Alangkah indahnya kalau Samsung turut menambah rekaan sisi lengkung ‘edge’ seperti Galaxy S8 dan S9.

Agak janggal apabila Samsung meletakkan pembesar suara dibahagian tepi kanan peranti. Tetapi bila difikirkan semula, pembesar suara dibahagian tepi sangat membantu apabila peranti berada dalam kedudukan melintang ketika menonton video misalnya.

Tetapi agak mengecewakan apabila peranti ini hanya menawarkan pembesar suara mono.

Kedudukan slot kad sim diletakkan dibahagian tepi kiri peranti bersama butang laras suara. Samsung turut memberi slot tambahan kad sim yang diletakkan dibahagian atas bersama slot kad SD.

Dibahagian bawah diletakkan port pengecasan USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Kedudukan pengimbas cap jari berbeza dengan Samsung Galaxy S8 yang diletakkan ditepi kamera membuatkan pengguna sering tersalah sentuh kamera secara tidak sengaja. Samsung mengubah pengimbas cap jari ke bawah kamera untuk Galaxy A8 dan A8 Plus. Namun kami masih lagi tersilap menyentuh kamera untuk mengimbas cap jari ketika menggunakan peranti ini.

2. Spesifikasi Dalaman (6.5/10)

Samsung Galaxy A8 dan A8 Plus dibina dengan cip pemprosesan Exynos 7885 bersama pemprosesan grafik Mali G71. Ianya hadir dengan 2 teras Cortex A73 pada 2.2GHz dan 6 teras Cortex A53 pada 1.6GHz.

Galaxy A8 dibina dengan storan dalaman 32GB manakala A8nPlus dengan storan 64GB. Seperti biasa anda boleh membesarkan lagi storan dengan kad SD sehinga 256GB.

Varian A8 hadir dengan RAM bersaiz 4GB manakala A8 Plus dengan 6GB. Untuk kegunaan harian di media sosial memang lancar namun apabila kami bermain ‘game’ seperti PUBG Mobile, peranti ini mula menunjukkan kelemahannya.

3. Antaramuka (7.4/10)

Samsung Galaxy A8 dan A8 Plus mengetengahkan antaramuka Samsung Experience 8.5 bersama Android 7.1.1. Pengguna boleh membuka laci aplikasi dengan hanya swipe ke atas dan ke bawah.

Pada kami, Samsung Experience 8.5 nampak lebih bersih berbanding UI sebelumnya. Samsung membawakan beberapa aplikasi khas untuk peranti Samsung seperti Samsung Pay, Samsung Health, Smart Things.

Aplikasi seperti Galaxy Apps dan Samsung Members masih lagi dikekalkan dan pada kami ianya boleh diklasifikasikan dalam aplikasi bloatware.

Peranti ini turut menyokong ciri Always On Display, sangat serasi dengan skrin OLED. Ciri yang menarik perhatian kami adalah seperti Dual Messenger, satu aplikasi yang membenarkan penggunaan dua akaun serentak.

Satu lagi ciri yang pada kami sangat membantu adalah Easy Mute dimana pengguna dapat mematikan nada dering dengan hanya meletakkan tangan di atas skrin, seperti menutup mulut orang sedang menjerit. Yang ini cool.

Kemudahan seperti Game Launcher juga memudahkan pengguna merakam video aplikasi permainan serta mematikan kesemua notifikasi apabila ia diaktifkan, supaya mood bermain tidak terganggu.

4. Kamera (6.8/10)

Peranti ini memiliki kamera utama 16-Megapiksel f/1.7. Ianya dilengkapi dengan panstabilan imej elektronik. Ada boleh nampak dengan jelas kesan EIS apabila kamera bergegar terutamanya ketika memegang dengan sebelah tangan.

Hasil gambar dalam keadaan cerah

Hasil gambar dalam keadaan gelap

Kalau anda dapat perhatikan, hasil gambar dalam waktu cerah menghasilkan gambar yang agak memuaskan. Warna gamut yang dihasilkan agak sederhana tetapi pada kami sudah cukup memuaskan.

Namun pada waktu gelap, seperti kamera pada peranti lain, kita boleh nampak kelemahan pada kamera Galaxy A8 dan A8 Plus. Dengan aperture besar f/1.7 dan EIS, sedikit sebanyak membantu dalam menghasilkan kualiti gambar yang baik.

Adalah lebih baik jika anda memiliki tripod supaya kamera tidak bergegar pada waktu malam. Kami terpaksa mengambil gambar beberapa kali untuk mendapat ‘shot’ yang tajam dengan cara ‘handheld’ pada waktu malam.

Untuk kamera swafoto pula, ianya dibina dengan lensa 16MP+8MP, kedua-duanya pada f/1.9 bersama sokongan EIS. Dengan sistem dwi-kamera peranti ini membawakan fungsi Live Focus dalam menghasilkan gambar ‘BOKEH!’.

Maka dengan ini menjadikan ianya peranti pertama dari Samsung yang membawakan sistem dwi-kamera selfie.

Kamera swafoto dengan fungsi Live Focus pada waktu malam

Kamera swafoto tanpa Live Focus

5. Bateri (7.6/10)

Galaxy A8 dimuatkan dengan kapasiti bateri 3,000mAh manakala Galaxy A8 Plus pada 3,500 mAh.

Galaxy A8 dan A8 Plus juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas Samsung Adaptive Quick Charging. Mengecas dari 0% hingga 50% mengambil masa selama sekitar 30 minit dan pengecasan penuh sekitar 1 jam 20 minit untuk kedua-dua peranti.

6. Rumusan (7.3/10)

Samsung Galaxy A8 dijual di pasaran pada harga RM1,799 dan Galaxy A8 Plus pada RM2,499. Jika diamati dengan lebih teliti, anda boleh mendapatkan peranti flagship dari China untuk takuk harga sebegini. Tetapi siri Galaxy A8 (2018) hadir dengan ciri kalis air IP68 yang jarang kita lihat pada jenama telefon pintar yang lain walaupun pada peranti flagship mereka.

Faktor Yes!

Rekaan yang menarik, skrin AMOLED yang cantik, kamera utama memuaskan, antaramuka Samsung Experience ditambahbaik untuk kesenangan pengguna dan sokongan kalis air IP68.

Faktor Euww!

Prestasi pembesar suara mono yang sederhana, ciri Live Focus pada kamera selfie yang kurang memuaskan dan harga yang pada kami sepatutnya diturunkan sedikit dalam bersaing dengan peranti kelas pertengahan yang lain.

Kredit: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 4 Jul 2018

Google Senaraikan Aplikasi Serta Permainan Terbaik Setakat Suku Ketiga 2018

Bila mana anda menjengah ke dalam Google PlayStore, banyak aplikasi tersenarai yang menawarkan pelbagai fungsi, tidak kira sama ada untuk kegunaan suntingan, permainan dan banyak lagi. Untuk mengelakkan pengguna tidak terpinga-pinga untuk memilih aplikasi mana […]

TECH Tue, 15 May 2018

Donald Trump Lantik Diri Sendiri Sebagai Penasihat Tertinggi AI

Donald Trump lantik diri sendiri sebagai Penasihat Tertinggi AI tidak berasa malu kah?

TECH Sun, 20 Oct 2019

Lubnan Kenalkan Caj Panggilan Guna Internet

Kerajaan Lubnan pada Khamis meluluskan bayaran perkhidmatan sebanyak US$ 0.20 sehari bagi panggilan menerusi aplikasi WhatsApp dan Internet lain, lapor agensi berita Xinhua. “Keputusan itu dibuat oleh Kabinet bukan Kementerian Telekomunikasi,” kata menterinya Mohammad Choucair […]

TECH Sun, 10 Dec 2017

Diskaun Sehingga 80% Secara Dalam Talian Di Machines Untuk Apple

Bersempena dengan jualan dalam talian besar-besaran yang bakal berlangsung tepat jam 12 malam ini, salah satu pengedar sah Apple, Machines, akan menawarkan potongan harga sehingga 80% untuk beberapa produk terpilih. Jualan 12.12 itu akan dibuat pada gedung dalam […]

TECH Thu, 16 Aug 2018

Tiga Aplikasi Menarik Untuk Naikkan Seri Instagram Stories Anda

Berikut beberapa aplikasi yang boleh anda cuba untuk membuat Instagram Stories anda lebih cantik dan menarik.

TECH Thu, 27 Sep 2018

Nokia 6.1 Plus and Nokia 5.1 Plus’ Cameras are Worth Getting the Device

Is Nokia running on the iPhone design hype too?

TECH Tue, 20 Mar 2018

Paten MicroLED Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Di Korea Selatan

Permohonan paten untuk MicroLED telah meningkat hampir dua kali ganda di negara Korea Selatan. MicroLED merupakan teknologi paparan generasi terbaru yang dianggap mempunyai potensi besar di dalam dunia peranti harian manusia. Statistik oleh Pejabat Harta Intelek Korea […]

TECH Fri, 13 Jul 2018

Intel Tidak Menutup Jenama Ekstrim Mereka Untuk Kelas PC Premium

Terdapat khabar angin mengatakan yang Intel sudah bersedia untuk tidak lagi menggunakan jenama Extreme Editionyang disasarkan untuk PC kelas premium. Menurut tweet dari Francois Piednoel, seorang bekas arkitek cip Intel yang sudah bekerja selama 20 tahun […]

Automobile Tue, 22 May 2018

Uber Henti Operasi Kereta Pandu Sendiri Di Arizona 2 Bulan Selepas Kemalangan Maut:

Uber berhasrat untuk meneruskan operasi kereta pandu sendiri mereka mulai musim panas ini, tetapi pada jarak yang lebih pendek dan penggunaan kereta yang sedikit

TECH Mon, 29 Jul 2019

Cara Buat Wallpaper Dengan Imej Timbul Untuk Telefon Pintar Anda

Anda sudah bosan dengan wallpaper sedia ada? Disini ada cara untuk menghasilkan wallpaper dengan imej seakan-akan timbul seperti diatas. Caranya sangat mudah dan anda boleh ikuti langkah-langkah bergambar seperti dibawah. Pertama sekali screenshot halaman utama […]

error: Content is protected !!