Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 8, 2023 @ 2:00pm

“Bagi Saya Orang Luar Punya Pandangan Itu Tak Penting” – Watie Hanifiah

Bakal isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengakui dirinya tidak terkesan dengan setiap kecaman yang dilemparkan oleh netizen sejak bersetuju untuk mengahwini selebriti itu.

Menurut Watie, dia kerap membaca komen-komen negatif dari netizen, namun tidak mengendahkannya.

“Saya baca juga tapi dia macam angin lalu je. Bila kita tutup fon tu habis dah. Saya tak ambil hati pun,” katanya.

Ditanyakan tentang perasaannya kerana kerap dibandingkan dengan Allahyarhamah Siti Sarah, Watie lebih memilih untuk menerima pendapat bakal suaminya, Shuib dan ahli keluarga yang lain.

“Tak tahulah sebab kami tidak pernah berbincang tentang perkara ini dan mempersoalkan kenapa orang bandingkan saya dengan arwah, tak ada.

“Saya macam baca je tapi habis setakat di situ sahaja. Bagi saya, saya nak hidup bersama dia (Shuib) dan anak-anak. Jadi pada saya pandangan yang saya perlu ambil kira adalah daripada dia, anak-anak dan keluarga.

“Bagi saya, orang luar punya pandangan tu tak penting sebab saya tak pernah fikir. Yang saya nak lalui kehidupan saya yang akan datang ni dengan keluarga dia dan saya,” katanya.

Watie juga mengatakan sebelum ini dirinya hanya menyerahkan jodohnya bersama Shuib pada takdir kerana tidak menjangka sejauh mana hubungan mereka berhasil.

“Kami masa belum berkawan pun, kami tak jangka hubungan ini akan sejauh ini. Kami macam kalau ada, ada. Kalau takda pun kita terima sebab kita tahu kehidupan tu, jodoh tu Allah yang tentukan.

“Kalau kita nak sangat pun tapi jodoh tu Allah tak tentukan, macam tu juga,” jelasnya.

Terdahulu, Shuib dan Watie tampil mengumumkan mereka bakal berkahwin pada 23 Jun ini.

Hasil persetujuan kedua-dua belah pihak, Shuib dan Watie hanya akan mengadakan majlis akad nikah sahaja tanpa sebarang majlis resepsi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernikahan Dengan Watie Terima Tajaan Lebih RM1 Juta, Shuib Umum Tiada Majlis Resepsi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Bukan Cincin Tanda, Nelydia Janji Kongsi Berita Baik

Saya hanya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik. Bukan mahu berahsia atau menyorokkan sesuatu, tetapi saya bimbang hal sama berulang seperti hubungan sebelum ini.

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

Ini Sebab Penonton Tak Senang Duduk Bila BTS Jadi Penyampai Grammy Award

Selain V, Jungkook juga turut dipuji kerana kefasihannya berbahasa Inggeris sepanjang temubual yang dijalankan

Featured Mon, 8 May 2023
FESYEN Tue, 17 Sep 2019

Biji Biji x TSyahmi, The First Ever Fashion Collection In Malaysia To Preserve Sustainable Designs

The collaboration between Biji Biji, Tsyahmi, and Nakakoma Orimono injects a fresh take on sustainable fashion.

Trending Sun, 16 Mar 2025

Replika Baju Melayu Gergasi Cetus Kontroversi, Ini Penjelasan Pengasas Bulan Bintang

Kehadiran replika baju Melayu gergasi mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Trending Wed, 30 Oct 2019

Syarikat Keluar Produk Kosmetik Mengandungi Bahan Terlarang Dikenakan Kompaun

Langkah menyenaraihitam jenama produk akan diteruskan

error: Content is protected !!