Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana June 8, 2023 @ 3:34pm

Isteri Kru MH370 Sedih Dengan Lawak Jenaka Pelawak Singapura – “Anak Saya Masih Menangis Setiap Malam”

Tindakan seorang pelawak wanita Singapura mempersendakan Malaysia dan tragedi kehilangan pesawat MH370 telah meraih perhatian dalam kalangan netizen, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu MH370 & Hina Malaysia, Jocelyn Chia Label Netizen Terlalu Serius?

Terbaharu, isteri kepada kru pesawat MH370, Intan Maizura Othman lmeluahkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan pelawak Singapura tersebut kerana mempersendakan isu sensitif berkenaan.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Intan memberitahu bahan jenaka yang dijadikan topik pelawak itu tidak lucu sama sekali kerana anaknya, Muhammad sehingga sekarang masih menangis setiap malam kerana mencari bapanya yang hilang.

“Ia sangat tidak lawak. Tidak kisah seberapa jahatnya kamu, jangan sesekali memetik MH370 atau bergurau senda akan tragedi berkenaan.

“Anak saya, Muhammad masih menangis sehingga sekarang dengan kehilangan ayahnya dan di sini awak masih ada keberanian untuk mempersendakan MH370,” katanya.

Intan juga memberitahu pelawak tersebut tidak mempunyai rasa empati dengan tragedi kehilangan pesawat yang menimpa Malaysia itu.

“Awak tahu berapa ramai ibu yang masih menangis sehingga hari ini? Tak, awak tidak tahu sebab awak tidak ada rasa empati atau hati,” ujarnya.

@intanmaizuraothaman #stitch with @ComedyCellarUSA Jocelyn Chia. Leave MH370 out of your humourless depressing gig. You such a disgraceful heinous individual! Not to forget your voice is sooo annoying! I don’t understand how the audiences can stay listening to your bad pitched voice.. #sistanyajer ♬ original sound – Intan Maizura Othaman ✈️

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut meraih pelbagai respons warganet yang menyokong tindakan Intan menyuarakan perkara terbabit selaku keluarga mangsa tragedi MH370.

“Akhirnya, keluar juga statement daripada keluarga mangsa. Al-Fatihah untuk suami puan dan semua yang terlibat dalam kejadian.

“Good that you speak up. Stay strong. Louder kak, we support you,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Jan 2019

只要2张色纸!手作财神爷完整教学

财神到!财神到!财神到你家的大门口~

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Nama Belum Dikenali, Muna Shahirah Tak Mahu Mengalah!

Saya percaya, Allah menguji saya terlebih dahulu sebelum kerjaya saya berjalan lancar…

Featured Tue, 27 Apr 2021

“Kami Rayu Budi Bicara KKM” – Bukan Lagi RM 50,000 Nilai Kompaun Peniaga Burger Diteliti Semula

Berikutan tular isu peniaga burger yang dikompaun 50,000, pihak polis meneliti semula kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang […]

Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Elfira Loy Tak Percaya Sudah Jadi Ibu!

Si cilik Elfira, secomel namanya!

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Eat Travel Tue, 18 Dec 2018

Cara Mudah Nak Masak Biryani Ayam Ala India

Nak sedap lagi hidangkan bersama raita iaitu campuran yogurt bersama bawang dan tomato.

Hiburan Thu, 2 May 2019

Drake Cecah Rekod Taylor Swift!

Drake mengungguli trofi Penyanyi Paling Top pada Billboard Music Awards (BBMA) 2019 di Grand Garden Arena di sini.

Hiburan Fri, 23 Mar 2018

An Honest Mistake To Release Epic EP Album of All Your Favourite Songs

This epic band is basically standing up against all the ignorant people through their album. Plus, you can meet them and even get the chance to chill out with them!

Featured Mon, 20 Apr 2020

Pashmina Bunga Citra Lestari serlahkan keayuan si pemakai

Cantik digayakan untuk pelbagai majlis

error: Content is protected !!