Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir June 9, 2023 @ 5:16pm

“Allah Saksi Sebenar-Benarnya…” – Terbukti Hafidz Roshdi Waras, Nurul Shuhada Minta Diadili Dengan Baik

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memberitahu bahawa dia percaya kebenaran akan terjawab suatu hari nanti kerana terbukti suaminya sihat dan waras.

Memetik laporan Berita Harian, Shuhada pernah difitnah menggunakan alasan Hafidz sakit mental.

“Laporan psikiatri sudah keluar dan doktor mengesahkannya waras, jadi selama ini apa yang segelintir individu menfitnah saya dengan menggunakan alasan Hafidz mempunyai sakit mental kini sudah terjawab,” ujarnya.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri mengesahkan Hafidz waras pada sebutan semula kes dan laporan psikiatri di hadapan Majistret, Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai depan bagi sebutan semula kes.

Berikutan itu, Shuhada berharap agar kes tersebut berjalan dengan lancar dan diadili dengan baik.

“Semoga perkara ini diadili dengan sebaik mungkin. Allah Maha Mengetahui dan saya tahu Allah akan mengadili semuanya dengan sebaik-baiknya.

“Dan Allah juga adalah saksi sebenar-benarnya terhadap apa yang berlaku kepada saya ketika kejadian itu,” jelasnya.

Pada 2 Mac lalu, Hafidz didakwa menumbuk muka Shuhada sebanyak tiga kali ketika berlaku pertengkaran antara mereka.

Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan dan menyebabkan wajahnya mengalami parut kekal.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Terdahulu, Hafidz dilaporkan melafazkan cerai terhadap Nurul Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu, sebelum isterinya itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 28 Februari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Jan 2019
Featured Wed, 19 Oct 2022

Pembedahan Dirahsiakan, Sissy Imann Akhirnya Dapat ‘Greenlight’

Alhamdulillah.. Semoga segera diberi kesembuhan

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Ucapan Ulangtahun Jonghyun SHINee Kini Trending!

Sempena menyambut ulang tahun kelahiran Jonghyun pada 8 April yang lalu, anggota kumpulan SHINee turut memberi penghormatan kepada beliau malah, ianya juga turut menjadi trending dilaman twitter

Hiburan Mon, 9 May 2022

“Saya Nak Jenguk Rumah Saya Di Sana, Dah 2 Tahun Ditinggalkan…” – Baby Shima Bakal Terbang Kembali Indonesia

Baby Shima akan meneruskan kerja-kerja tertangguh di rumah keduanya, Indonesia.

Hiburan Wed, 2 May 2018

Comel! #AnakAbah Dah Ada Nama

Suami kepada pelakon Sari Yanti itu menamakan bayi comel mereka, Dariya Inara…Comel sungguh!

Featured Sat, 17 Sep 2022

Terkenal Dengan Imej Muslimah, Pelakon Remaja Didakwa Sering Ke Kelab Malam & Berpakaian Tidak Senonoh?

Dengar kata dah tak bertudung dan pakaian sekarang macam betina s*ndal! 👀

error: Content is protected !!