Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah June 10, 2023 @ 1:36pm

Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat Rokok ‘WAJIB’ Dilaksanakan Dengan Segera! Cegah Sebelum Terlambat!

Kita semua tahu yang masalah merokok di Malaysia memang sangat membimbangkan semua pihak.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, peratus perokok dalam kalangan dewasa ialah 21.3% dan ianya terdiri daripada kaum lelaki sebanyak 40.3%. Min boleh katakan yang Malaysia merupakan antara negara yang paling ramai lelaki menghisap rokok!

Ini juga merupakan masalah utama dalam kalangan generasi muda yang berumur antara 13 hingga 17 tahun. Tidak dapat dinafikan, terdapat penurunan yang agak ketara dalam peratusan remaja yang merokok menggunakan rokok konvensional iaitu 13.8% pada tahun 2017 kepada 6.2% pada tahun 2022.

Akan tetapi, apa yang lebih membimbangkan pihak kerajaan ialah peningkatan yang drastik daripada 9.8% pada tahun 2017 kepada 14.9% pada tahun 2022, bagi penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan generasi muda masa kini.

Rokok Konvensional vs Rokok Elektronik!

Ketagihan rokok konvensional atau rokok elektronik memang merupakan masalah yang amat serius  dan mengancam kehidupan masyarakat kita pada masa kini.

Ia secara tidak langsung memberikan kesan yang buruk kepada orang sekeliling kerana asap atau wap yang dihembuskan oleh perokok aktif juga boleh mengancam kesihatan orang lain.

Min rasa pihak yang bertanggungjawab harus melaksanakan kempen advokasi tentang pencegahan merokok, kawalan terhadap produk merokok dan mewujudkan undang-undang berkaitan rokok bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya merokok.

Korang tahu tak di Malaysia, kawalan terhadap produk-produk tembakau ini dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) sejak tahun 2004 lagi. Hebat kan!

Bukan setakat teknologi jer boleh berevolusi, produk merokok juga tidak ketinggalan untuk berevolusi dengan reka bentuk yang lebih canggih dan cara penggunaan yang mampu menarik minat si pengguna.

Malangnya, produk merokok alaf  baru yang lebih dikenali sebagai rokok elektronik atau vape tidak dapat dikawal di bawah undang-undang sedia ada. Hemmm!

‘WUJUDKAN’ RUU Kawalan Produk Merokok SEKARANG!

Demi melindungi seluruh rakyat Malaysia terutama generasi muda, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merangka Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok yang lebih komprehensif untuk mengawal semua jenis produk merokok.

RUU ini merupakan langkah yang penting dalam mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok.

Bukan setakat itu jer, RUU ini juga amat penting kerana ia merangkumi satu peruntukan yang dikenali sebagai peruntukan Generasi Penamat Rokok.

Haaaa…Mesti korang tertanya-tanya apa itu Generasi Penamat Rokok kan?

Pelaksanaan Generasi Penamat Rokok ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat dalam membendung masalah ketagihan merokok di Malaysia ini.

Cara ini akan memastikan semua generasi muda di Malaysia tidak lagi merokok sepanjang hayat mereka. Ia juga merupakan satu langkah yang efektif dan mampu mengurangkan kos rawatan yang terpaksa ditanggung untuk merawat penyakit-penyakit yang berbahaya akibat tabiat merokok.

Jom berganding bahu untuk selamatkan generasi muda!

Bagi min kan, penggunaan rokok elektronik atau vape ni harus dicegah sebelum terlambat bak pepatah ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.

Produk-produk merokok ini mampu memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan seseorang itu dan ianya sudah dibuktikan dengan pelbagai penyelidikan yang dilakukan baik di Malaysia atau pun luar negara.

Min nak tanya, adakah korang nak tunggu sehingga sesuatu yang tidak diingini berlaku di kalangan pengguna rokok elektronik baru nak bertindak? Ketika itu nasi sudah menjadi bubur!

Percaya atau tidak, jika kita tak cegah sekarang, budaya ini pasti akan menjadi trend yang susah dibendung.

Jadi tunggu apa lagi, mari berganding bahu untuk menjaga generasi muda yang akan datang supaya menjadi generasi yang lebih baik dari sekarang. Jika RUU Kawalan Produk Merokok dan peruntukan GEG diluluskan dengan kadar segera, min yakin kita mampu bebas dari masalah ini selamanya.

Utamakan kesihatan, ingat orang yang tersayang!

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi KKM atau ke laman Facebook mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Thu, 13 Apr 2023

Misi Eratkan Jalinan Bakal Menyatukan Lebih 1,000 Ahli Keluarga

Sambutan Aidilfitri adalah perayaan paling penting serta bermakna buat Muslim di Malaysia dan merayakannya bersama keluarga menjadi satu kemestian. Suasana meriah pulang ke kampung, berkumpul adik-beradik dan sanak-saudara menjadi kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dan […]

Replicated Draft Mon, 21 Aug 2023

Terharu Pulak Tengok Iklan Merdeka Ni, Terasa Semangat Patriotisme Tu!

Bulan Ogos dah tiba! Beberapa hari lagi, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Mesti banyak aktiviti yang korang dah plan cuti panjang merdeka ni kan? Bukan tu je, yang paling dinantikan adalah iklan-iklan […]

Sponsored Fri, 31 May 2024

Bahaya UV Meningkat Saat Cuaca Panas, Lindungi Kulit Korang Dengan Cara Ini!

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) telah mengumumkan tentang kepanasan melampau serta peningkatan indeks UV di Malaysia. Katanya ramalan cuaca panas ini akan berterusan.  Walaupun korang tau yang cahaya matahari ni kaya […]

Replicated Draft Tue, 12 Mar 2024

Dah Tak Payah Moreh Di Mamak, Buat Sendiri Je Teh Tarik Kaw & Padu Bersama Jom Teh!

Bulan Ramadan dan Syawal antara bulan paling dinantikan ramai. Kena kawal kesabaran menahan lapar dan dahaga. Kalau tekak craving sangat teh tarik, mesti korang akan ajak keluarga atau kawan-kawan moreh kat kedai mamak kan? Maklum […]

Replicated Draft Wed, 19 Apr 2023

Raya Sakan, Banyak Rebat, Pulangan Tunai Dan Jimat Tak Sudah Dengan Boost!

Sebelum kita nak sakan beraya, jangan lupa selesaikan bil-bil dan tanggungjawab yang ada. Bukan apa, takut bila raya nanti ada pula yang menghantui. Macam Ayda Jebat, sampai tertidur dalam stor sebab ketakutan. Nak tahu apa […]

Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Ikatan Kekeluargaan Lebih Erat Terjalin Bersama PICO

Setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadan, umat Islam bakal meraikan Aidilfitri dengan kegembiraan dan kesyukuran sebagai tanda kemenangan.  Lebaran juga adalah kesempatan terbaik untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.  Dengan […]

Replicated Draft Wed, 26 Jun 2024

Jom Sertai LG Run & Berpeluang Bawa Pulang Hadiah Utama LG Washtower Serta Wang Tunai!

Buat korang yang sukakan gaya hidup aktif tu, kami ada berita baik untuk korang! Dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan kesejahteraan dan kegembiraan, LG Malaysia akan menganjurkan acara larian pertama mereka nanti iaitu Life’s Good […]

Replicated Draft Fri, 14 Apr 2023

10 Tawaran Menarik Di Genting Pada bulan Ramadhan & Syawal Ni! OMG Semua Best!

Dah takde idea nak berbuka di mana? Anda nak buat kelainan sikit bagi sambutan Syawal tahun ni atau anda takde planlagi nak balik kampung mana? Jangan risau sebab Resorts World Genting akan melancarkan kempen Jom […]

Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Kekal Mulus, Berseri Di Pagi Raya Dengan Kiehl’s

Apabila tiba musim perayaan, pasti ramai sudah mula sibuk mempersiapkan pakaian, kuih-muih dan duit raya. Namun, bagaimana pula dengan penampilan wajah? Wajah yang kelihatan lesu dan kusam akan menjejaskan penampilan anda di pagi raya sekali gus […]

Sponsored Wed, 18 Mar 2026

‘Raya Rush’ Memang Jadi! SNICKERS Tampil Drama Ramadan & Kejutan Istimewa Buat Peminat

Dalam bulan Ramadan mesti ramai yang familiar dengan momen bangun sahur, mata separuh buka, rushing ke tempat kerja sambil tahan lapar, dan bila hampir waktu berbuka, tenaga memang dah low. Belum lagi masuk fasa persiapan […]

error: Content is protected !!