Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 12, 2023 @ 4:53pm

Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadiri Majlis Resepsi Janna & Dini – “Saya Ambil Keputusan Untuk Tak…”

Penceramah Ustaz Wadi Annuar tampil memberikan penjelasan berkenaan dirinya menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi, Sabtu lalu.

Menurut Ustaz Wadi, dia dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut dan membacakan doa.

Malah, penceramah itu juga menyatakan kedua-dua pasangan mempelai belum tiba di majlis ketika sesi bacaan doa itu dijalankan.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Ustaz Wadi ketika membuat live di TikTok, baru-baru ini.

“Saya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan dan bacaan doa. Bila sampai di majlis perkahwinan tersebut pengantin tiada lagi. Saya pun tak tengok lagi pengantin lelaki dan perempuan pada waktu itu.

“Selepas pengerusi majlis buat pembukaan sikit, kemudian dia umumkan saya buat bacaan doa dan pengantin tiada lagi. Jadi saya pun baca doa di majlis itu. Itulah suasana yang berlaku. Saya pun tak tahu apa yang riuhnya.

“Kemudian habis baca doa saya duduk balik dan mereka umumkan pengantin pun sampai. Bila pengantin sampai, saya pun tengok kemudian saya bagitahu PA saya yang kami kena balik. Saya tak dapat teruskan majlis.

“Jadi saya ambil keputusan untuk tak makan, tidak bergambar, tidak bersama dengan tentative majlis sehingga ke akhir majlis,” katanya.

Sebelum ini, sesetengah netizen meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap penampilan Janna di majlis resepsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis Resepsi Janna Nick & Dini Berlangsung Meriah, Tapi Ada Netizen Komen: “Segan Tengok Ustaz Wadi Baca Doa Di…”

Tambah Ustaz Wadi, dia mengambil keputusan untuk beredar dari majlis tersebut selepas pasangan mempelai berucap.

“Lepas pengantin berucap dan beredar, saya pun terus balik. Saya pun tak tahu apa yang berlaku selepas itu. Bila tengok keadaan itu saya pun balik. Boleh tanya penganjur.

“Itu yang diajarkan oleh ahli ugama Islam kita. Kita tidak memalukan orang, tidak menimbulkan persepsi yang negatif, tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah kepada orang. Hukum tetap hukum tapi dalam masa yang sama kita tidak mengeruhkan keadaan.

“Tengok keadaan macam tu, saya tunggu pengantin beredar, saya terus bangun, tak tunggu sampai habis program, saya pun balik.

“Alhamdulillah, tenang. Pengantin pun okay, takdak rasa apa-apa. Saya pun meraikan hukum menghadiri kenduri kahwin wajib dan apabila sampai kat situ saya baru tahu keadaan itu, saya terus beredar.

@wardatulsakinah_ ustaz Wadi anuar beri penjelasan isu di majlis perkahwinan Janna nick..semoga netizen jgn bersangka buruk dan terus doakan yg baik2 saja utk ustaz kesayangan rakyat Malaysia #ustazwadiannuar ♬ original sound – Nana Bella

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

Fizz Fairuz Lebih Minat Watak Antagonis?

Dalam Kamar Kamariah, saya membawakan dua karakter yang jauh berbeza. Satu karakter lelaki baik manakala satu lagi watak jahat.

Hiburan Mon, 27 Apr 2026
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

‘Bukan Sebab Orang Ketiga’- Sam Bunkface Jawab Dakwaan Perkahwinan Bermasalah

Sam menyifatkan masalah sebagai asam garam dalam kehidupan perkahwinan.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Dipuji Merendah Diri, Syatilla Melvin Kongsi Momen Balik Kampung Naik Kereta Api – “Parit Buntaq Aku Datang!”

yatilla mendedahkan ini merupakan pengalaman pertama buat dirinya dan keluarga

Events Thu, 28 Feb 2019
Hiburan Thu, 26 Sep 2019
Featured Fri, 3 Sep 2021

Tempoh Pembaharuan Lesen LKM, LMM Dilanjutkan Sehingga…

Tempoh pembaharuan lesen dilanjutkan gaisss!

Featured Tue, 6 Jul 2021

Cara Mohon Elaun RM600 Kepada Golongan Hilang Kerja Bukan Pencarum PERKESO, Graduan Baru

Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terutamanya golongan yang hilang pekerjaan, graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. […]

error: Content is protected !!