Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 31, 2018 @ 4:53am

Tak Tahan Dikecam, Akhirnya Faiz Roslan…

Selepas dikecam hebat di media sosial, Faiz Roslan akhirnya menyahaktifkan akaun Instagramnya!

Ini gara-gara video kontroversi ‘tak puasa’ yang tular sejak Isnin lalu.

Mungkin disebabkan tidak tahan dengan komen yang mengecam tindakannya, Faiz menerusi status Twitternya memutuskan untuk mendiamkan diri buat sementara waktu.

” Saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri daripada media sosial sehingga raya.

“Ya, ada orang kata saya boleh larikan diri dekat media tapi bukan dekat netizen dan Allah. Saya tahu tu,” tulisnya menerusi akaun Twitter @thefaizroslan.

Faiz akur dengan keadaan yang mana netizen mula marah selepas video kontroversi itu.

Menyedari ramai yang marah dengan tindakan yang keterlaluan itu, Faiz akur dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Saya akan berhenti membuat video untuk waktu yang lama. Now I got the lesson (Saya kini mendapat pengajarannya),” katanya.

Faiz kemudian memohon maaf sambil mengakui imejnya kini tercalar berikutan ramai yang melemparkan kata-kata cacian terhadapnya.

“Kita sesama manusia memaafkan satu sama lain. Saya minta maaf. Sudah banyak tweet yang buruk pasal saya, video saya di explore IG (Instagram), macam-macam lagi, well nama dah kotor, apa boleh buat. 

“Sekarang saya reda dan saya akan mendiamkan diri untuk sementara waktu,” tambah Faiz.

Pada petang Isnin, Faiz menerusi video live Instagram secara terbuka mengaku dia tidak berpuasa.

Terdahulu, Faiz mengundang kontroversi apabila memuat naik video parodi bersama dua rakannya dengan tarian mengghairahkan dan berpakaian seksi menyerupai perempuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 May 2018

Kenapa Sajat Marah?

Bagi Sajat, beliau kurang selesa kerana solekan dan baju yang dikenakan tidak sesuai. Dan, disebabkan hal tersebut beliau malas mahu meneruskan penggambaran seperti yang dijanjikan

Featured Wed, 6 Aug 2025

“Sangat Tak Beretika” – Hawa Rizwana Kesal Video Aktiviti Kecergasan Disalahguna

Hawa menyifatkan ada perkara yang boleh dijadikan bahan lawak begitu juga sebaliknya.

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

North Korean Ran Away from Country Because of Lee Min Ho

That’s one interesting reason to runaway from the country.

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Maaf…Dunia Glamour Bukan Untuk Mamat Lagi

Apa cerita terbaru agaknya Mamat sekarang eh?

Hiburan Fri, 19 Sep 2025
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Baju Kahwin Elfira Cecah RM30,000 Digayakan Cuma Sejam

Wow, RM 30,000 sejam untuk persalinan busana tradisional yang direka khas buat Elfira

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Shuib Gembira Melihat Perubahan Siti Sarah

Shuib mengakui gembira melihat perubahan isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang kini perlahan-lahan berhijab

error: Content is protected !!