Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 14, 2023 @ 5:34pm

Gambar Profile Di Instagram Hilang, Individu Dakwa Patimah Ismail Padam Gambar Puteri Sarah?

Akaun media sosial isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mencuri perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas heboh mengenai penceraian anaknya, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah Liyana pada tengah hari tadi.

Menerusi ruangan komen sebuah video temuramah Syamsul dan Puteri Sarah di TikTok, terdapat individu mendakwa Patimah telah memadam gambar-gambar bekas menantunya itu di Instagram.

Menurut individu lain, ada yang mendakwa Patimah telah memadam foto raya mereka pada tahun ini bersama di Instagram miliknya itu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ibu pengarah sensasi tersebut masih menyimpan foto-foto lama Puteri Sarah yang dimuat naik sekitar tahun 2020 dan 2021.

 

Bukan itu sahaja, akaun Instagram Patimah juga kelihatan sepi selepas tidak meletakkan sebarang foto di profil miliknya.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan kenyataan Patimah berhubung isu penceraian anaknya bersama bekas menantu kesayangan tidak berjaya selepas gagal dihubungi.

Sehingga kini, Patimah tidak memuat naik sebarang perkongsian di Instagram ekoran anaknya yang telah berpisah dengan Puteri Sarah.

Pada siang tadi, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Salam Cium Tangan Buat Kali Terakhir, Syamsul Yusof Cerai Puteri Sarah Talak 1

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Bercerai, Puteri Sarah Sudi Bertentang Mata Dengan Ira Kazar? Ini Jawapan Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Rumah Tangga Selesai, Puteri Sarah Luah Kelegaan

Sebelum ini, Sarah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Ira Kazar pada penghujung Jun lalu.

Kemudian, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah pun menetapkan tarikh perbicaraan kes saman terhadap Ira Kazar, pada 25, 28 dan 29 Ogos hadapan.

Terdahulu, pada 18 Ogos tahun lalu, media melaporkan Ira ditahan JAWI. Sebelum itu, pada 20 Ogos tahun lalu media turut melaporkan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

ORANG KETIGA PUNCA SUFIAN – ELFIRA TAK JADI KAHWIN?

Apapun, Sufian mengharapkan agar peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat hubungannya bersama El

Trending Mon, 5 Nov 2018

Pasangan Kekasih Maut Tergelincir Dari Ketinggian 245 Meter Ketika Berswafoto!

Bagaikan kisah Romeo dan Juliet, menemui ajal bersama…sedihnya!

Hiburan Tue, 6 Feb 2024

“Cirit-Birit, Muntah Serta Kuku Panjang & Kotor…” – Mizz Nina Dakwa Musa Alami Trauma Diambil Bekas Suami

Allahu kesiannya baby Musa.. Semoga kemelut ini dapat diselesaikan cara baik

Featured Tue, 11 Jul 2023

Anjur Pertandingan Azan, Rosyam Nor Tawar Hadiah Lumayan Bernilai RM110,000

Terbaiklah Datuk! Jarang-jarangorang baut macam ni.

Acara Thu, 22 Aug 2019
Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Featured Fri, 14 Apr 2023
Featured Fri, 13 Jan 2023

Dr Zulkifli Titip 13 Nasihat Buat Syamsul Yusof, Harap Isu Diselesaikan Dengan Baik

MasyaAllah sungguh bermanfaat sekali pencerahan Dr Zulkifli

Hiburan Sat, 11 May 2019
error: Content is protected !!