Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana June 15, 2023 @ 8:38pm

Simbolik Masuk Bola Dalam Baju, Safawi Rasid Sahkan Syifa Melvin Hamil 6 Bulan

Pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid telah mengesahkan bahawa isterinya, Syifa Melvin telah hamil anak pertama mereka.

Berita gembira itu telah dikongsi ketika selesai perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Kepulauan Solomon malam tadi.

@kyrol_qeen93 World class gol dari safawi rashid🔥🔥 #harimaumalaya #malaysia #malaysiatiktok #solomanislands #football #goals #worldclass #safawirasid29 #fyp #fypシ ♬ Disappear – Maniak-B

Apa yang menarik, Safawi sempat memberikan ‘hint’ ketika dia berjaya menjaringkan gol dengan memasukkan bola ke dalam bajunya dan menganggap bahawa gol tersebut merupakan hadiah buat isterinya.

“Ya betul dia sedang mengandung. Gol tadi merupakan hadiah untuk isteri saya. Doakan kami, semoga semuanya selamat,” katanya.

Safawi juga turut mendedahkan bahawa usia kandungan Syifa sudah menginjak ke 6 bulan.

Terdahulu, adik kepada pelakon, Syatilla Melvin itu sering mendapat usikan netizen kerana bentuk fizikalnya yang dikatakan seperti berbadan dua tetapi tuan empunya badan tidak memberikan sebarang kenyataan berkenaan perkara tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Individu Ugut Bunuh Harith Iskander Dihukum Lima Bulan & Denda RM2,000 – “Saya Berniat Mainkan Perasaan Saja…”

Tertuduh hanya berniat nak permainkan Harith Iskander, beri ugutan bunuh dan rogol

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Amelia Henderson Segan Digelar ‘Beauty With Brain’

Amelia Henderson anggap dirinya insan biasa yang tidak terlepas daripada kelemahan

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

全马唯一配对首映!权相佑爆肌要你《Love, Again》

年末最爆笑的浪漫喜剧《Love, Again》 11月21日全马甜蜜上映!配合电影宣传更是大搞噱头举办速配活动,吸引了各行各业的专业人士争相报名。

Featured Fri, 14 Apr 2023
Events Fri, 9 Nov 2018

林绿入戏太深拍摄现场「强吻」庄可比!

林绿入戏太深拍摄《我的非一般岳母》现场「强吻」庄可比!

Events Fri, 30 Aug 2024

5 Program Nyanyian Popular Yang Berjaya Mencungkil Bakat Bertaraf Antarabangsa!

Rancangan pencarian penyanyi bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat khasnya di Malaysia. Bertujuan mencungkil bakat terpendam setiap peserta, inisiatif rancangan ini diadakan adalah untuk mencari pelapis penyanyi-penyanyi berbakat dalam industri seni tanah air. Malah, […]

Hiburan Sun, 18 Jun 2023
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Malas Cari Calon Suami, Zizi Kirana Serah Pada Ibu

Zizi Kirana nekad memberikan sepenuh kepercayaan kepada ibu untuk memilih bakal suaminya.

error: Content is protected !!