Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana June 16, 2023 @ 8:36pm

[VIDEO] Gigih Bawa Watak Sampai Jayakan Aksi Terbang, Netizen Pula Gayat Tengok Sweet Qismina!

Pelakon cantik, Sweet Qismina berkongsi video sebalik tabir pengambaran drama Malam Zulaikha yang bersiaran di slot Samarinda TV3.

Menerusi video tersebut, Sweet menunjukkan salah satu babak dalam drama itu ketika dia perlu diterbangkan ke udara sebelum disambut suami yang turut bertindak sebagai hero drama terbabit, Adam Lee.

@sweetqisminaofficial Rigging ! Ahhh last masa zaman sekolah rasanya. Scene ni antara scene yang mmg sekejap rasa boleh sekejap tak boleh nak buat sbb mata kasar nampak pendek je tapi bila kena tarik ke atas, ya Allah lagi teruk perut tu rasa geli dari naik roller coaster! But it was fun and thrilled and exciting 🥹 One thing I suka berlakon, sebab I suka challenges like this. Rasa puas! Terima kasih cik mie @shuhaimilua_director percayakan sweet 🫶🏻 episode 5 malam ni, nanti sweet share teaser okay? ( if tengok episod 4 #MalamZulaikha mesti tahu scene yang mana 🤫 ) @dramasangat #fyp ♬ We Found Luv x Better Off Alone – DAVO

“Rigging! Ahhh last masa zaman sekolah rasanya. Scene ni antara scene yang memang sekejap rasa boleh sekejap tak boleh nak buat sebab mata kasar nampak pendek je tapi bila kena tarik ke atas, ya Allah lagi teruk perut tu rasa geli dari naik roller coaster! But it was fun and thrilled and exciting.

“One thing I suka berlakon, sebab I suka challenges like this. Rasa puas! Terima kasih cik mie @shuhaimilua_director percayakan Sweet. Episode 5 malam ni, nanti sweet share teaser okay?,” tulis Sweet di kapsyen.

Babak yang dilakonkan oleh Sweet itu telah membuatkan netizen juga turut berasa gerun dan gayat serta mereka memuji kesungguhannya dalam menjayakan watak tersebut.

“Saya pula yang gayat.

“Saya pula yang seriau

“Bukan senang nak berlakon,” komen netizen.

Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua, dan turut dibintangi oleh Fiza Thomas, Amyza Aznan, Vanidah Imran serta ramai lagi.

Drama Malam Zulaikha telah pun mula ditayangkan pada 8 Jun yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan strim langsung di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Apr 2023

Tunjuk Cincin Dan Inai Dijari, Tash Yong & Boss Kay Mengaku Sudah Bernikah

Hmm betul ke dah kahwin? Ada yang kata content semata-mata

Hiburan Tue, 9 Aug 2022

Berdebar Berjumpa Semula Dengan Iqbal, DSV Kekal Profesional

DSV tidak mengetahui bakal digandingkan bersama Iqbal Zulkefli di dalam sebuah filem.

Trending Mon, 31 Dec 2018

Mesej Lagu Bagus Tapi…Nasi Lemak Di Dada Bikin Parodi ‘Taki Taki’ Dihentam Teruk

Nasi Lemak yang dilekat di dada penari di dalam video tersebut, dianggap tidak bermoral!

Hiburan Mon, 21 Aug 2023

Kongsi Foto Bersama ‘Dulang Boys’, Mas Khan Bakal Menamatkan Zaman Bujang?

Wahh betul ke Mas Khan dah nak kahwin? Ramai lah yang frust nanti

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Featured Tue, 5 May 2026

“Mohon Maaf Dunia Akhirat Tak Dapat Jumpa Abang”- Noorkhiriah Sifatkan Arwah Jalil Hamid Insan Yang Terlalu Baik

Noorkhiriah yang menyifatkan arwah sebagai seorang insan yang terlalu baik.

Hiburan Thu, 4 Jul 2024
error: Content is protected !!