Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri May 10, 2018 @ 3:33am

ZTE Telah Dibenarkan Kembali Untuk Berurusan Dengan Amerika Syarikat

Kerajaan Amerika Syarikat telah berjaya membuat keputusan dengan membenarkan ZTE kembali berurusan dengan syarikat teknologi negara itu. Sebelum ini Presiden Trump telah melarang sebarang urusan perniagaan dengan syarikat pembekal alatan telekomunikasi ke-2 terbesar China tersebut selama 7 tahun atas sebab-sebab keselamatan.

Perkembangan tersebut walau bagaimanapun akan dikenakan dengan beberapa syarat. ZTE akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM 5.2 bilion serta perubahan dari segi pengurusan tertinggi syarikat.

ZTE didapati melanggar sekatan ekonomi dengan menjalinkan hubungan perniagaan dengan Iran dan Korea Utara mengakibatkan mereka dihalang untuk berurusan dengan syarikat teknologi U.S seperti Qualcomm.

Alatan ZTE menjadi kontroversi di Amerika Syarikat kerana beberapa individu keselamatan negara itu memberi nasihat agar tidak menggunakan sebarang alatan ZTE kerana dikhuatiri akan menimbulkan isu keselamatan negara. ZTE bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan bersedia memberikan kerjasama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 13 Oct 2018

Mengembalikan Fail Yang Hilang Dengan Menggunakan Perisian Percuma

Apabila fail yang hilang pasti pening kepala. Bagaimana nak dapatkan balik fail lagi-lagi kalau fail atau data yang penting .

TECH Sun, 4 Feb 2018

Tips Aktifkan Fungsi Rakaman Skrin Pada iPhone

Pernahkah anda menggunakan Screen Recorder? Fungsi Screen Recorder sememangnya tidak asing lagi pada peranti pintar.

TECH Sat, 28 Jul 2018

PUBG Dan Fortnite Dilaporkan Bakal Terima Persaingan Baru

Sebut sahaja permainan video jenis battle royale, pastinya permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG) dan Fortnite yang akan terlintas di fikiran kita terlebih dahulu. Jika untuk platform mudah alih, mungkin Free Fire dan Rules of Survival termasuk dalam […]

TECH Fri, 6 Jul 2018

Cristiano Ronaldo Bakal Mempunyai Rancangan Realiti Sendiri Di Facebook

Demam Piala Dunia masih lagi menghantui peminat bola sepak di seluruh dunia ketika ini. Beberapa kejutan telah berlaku apabila terdapat beberapa pasukan pilihan yang tersingkir awal termasuklah pasukan yang diwakili oleh bintang Real Madrid, Cristiano […]

TECH Thu, 12 Jul 2018

Unifi Basic 30Mbps Dengan Harga Langganan RM 79 Sebulan

Lanjutan dari pengumuman yang dibuat oleh TM tempoh hari, satu pelan berkelajuan 30Mbps dengan kadar langganan bulanan sebanyak RM79 telah diperkenalkan secara rasmi hari ini. Dikenali sebagai Unifi Basic ia hadir sebagai pelan permulaan yang menyasarkan kepada […]

TECH Sat, 20 Jul 2019

Buat Emoji Menggunakan Aplikasi Gboard

Pelekat emoji itu boleh diubah suai mengikut citarasa pengguna. Berikut cara-cara untuk membuat pelekat emoji dari aplikasi kekunci Gboard.

TECH Fri, 13 Jul 2018

Intel Tidak Menutup Jenama Ekstrim Mereka Untuk Kelas PC Premium

Terdapat khabar angin mengatakan yang Intel sudah bersedia untuk tidak lagi menggunakan jenama Extreme Editionyang disasarkan untuk PC kelas premium. Menurut tweet dari Francois Piednoel, seorang bekas arkitek cip Intel yang sudah bekerja selama 20 tahun […]

TECH Mon, 1 Oct 2018

Ketahui Lokasi Android Anda Dengan Hanya Sekali “Klik”

Bagaimana hendak ketahui lokasi android anda dengan hanya satu klik?Ketahuinya di sini.

TECH Wed, 6 Jun 2018

马来西亚NIMPMOS移动应用正式推介礼兼签约仪式

一家马来西亚公司 NIMPMOS Sdn Bhd 正式推出了iOs和Android移动设备的应用程序!该应用程序专注于视频广播和VoIP相关产品和服务,自2018年3月发布以来,该应用已吸引了来自东南亚的许多年轻人。

Featured Sat, 27 Nov 2021

“1 Kilogram Tahi Lembu Boleh Menghasilkan 3.75 kwj Tenaga Elektrik” Sisa Lembu Berjaya Jadi Sumber Tenaga

Sekumpulan petani di Britain telah berjaya menukarkan tahi lembu kepada sumber tenaga berbentuk bateri saiz AA yang dipanggil ‘patteries’. Memetik laporan The Sun, bateri yang boleh dicas semula ini boleh menjadi sebahagian daripada tenaga boleh […]

error: Content is protected !!