Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 1, 2018 @ 4:51am

Demi Anak-Anak, Fasha Mohon Maaf Kepada Nora

“ Demi kebaikan anak-anak, jalan terbaik ialah berdamai,” demikian kata pelakon Fasha Sandha berhubung isu ‘ketegangan’ dengan pelakon Nora Danish.

Kemelut antara dua pelakon jelita ini sudah lama berlarutan dan baru-baru ini, mereka mengambil keputusan untuk mencari titik noktah agar semuanya berakhir.

Kata Fasha, memandangkan anak mereka bersaudara, tidak sesuai jika dia dan Nora terus bermusuh.

“ Demi dua anak saya, Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3, serta anak sulung Nora, Putera Rayqal, 10, persengketaan ini perlu berakhir kerana mereka berkongsi kasih dengan bapa yang sama.

“Ia sebab kekeluargaan memandangkan anak sulung Nora adalah abang kandung kepada kedua-dua anak saya.

“ Hubungan anak-anak sangat rapat. Tak manis memperlihatkan kepada anak- anak yang kami bergaduh… damai merupakan jalan terbaik,” katanya kepada salah sebuah portal tempatan.

Tambah Fasha, sempena bulan Ramadan ini, beliau mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada Nora atas salah faham dan isu yang terjadi pada majlis pertunjukan fesyen lalu.

Terdahulu, kemuncak kemelut antara mereka terjadi apabila Fasha mendakwa dihalang oleh penganjur ketika menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017 kononnya ia atas arahan Nora.

 

Kedua-dua mereka sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Fri, 17 Jan 2025

Bawa Pesanan Swacinta Buat Pendengar, Shiha Zikir Mahu Jadi Lebih Baik

Shiha Zikir kembali dengan lagu terbaharunya berjudul Lebih Baik.

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Pertaruh Gandingan Zarif Ghazzi, Siti Hariesa… Ai Crush You Angkat Kisah Teknologi & Cinta Anak Muda

Ai Crush You akan menemui penonton mulai 5 Disember 2025, setiap Jumaat dan Sabtu jam 9.00 malam di TV3.

error: Content is protected !!