Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 22, 2023 @ 4:40pm

Sebutan Kes Ditangguh 6 Julai, Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dilaporkan masih berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak untuk pemerhatian kesihatan mentalnya.

Menurut laporan Harian Metro, perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini.

Ahmad Zuhaini berkata, laporan psikiatri masih belum sedia dan meminta tarikh baharu untuk sebutan semula.

“Pihak kami dimaklumkan laporan psikiatri belum sedia. OKT (orang kena tuduh) juga tidak dibawa pada hari ini. Jadi pendakwaan memohon satu lagi tarikh lain bagi sebutan (laporan psikiatri),” katanya.

Peguam yang mewakili Yasin, Ariff Azami Hussein turut mengesahkan mengenai status laporan berkenaan.

“Laporan psikiatri seperti diperintah mahkamah, ia masih dalam proses disiapkan hospital.

“Mengikut undang-undang, hospital mempunyai masa maksimum dua bulan untuk siapkannya. Tiada bantahan untuk satu lagi tarikh sebutan,” katanya.

Mahkamah menetapkan 6 Julai sebutan kes untuk mendapatkan laporan psikiatri.

Dalam prosiding terdahulu, Nik Nasimah membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Ariff Azami mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim berkenaan kemudian menetapkan hari ini supaya laporan psikiatri dikemukakan kepada mahkamah.

Terdahulu, Ariff Azami ketika membuat permohonan itu memaklumkan, pihak pembelaan mempunyai asas yang kuat supaya kesihatan mental Yasin, 48, diperiksa oleh pakar psikiatri.

Beliau berkata, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.

Pihak pembelaan mengemukakan lima laporan perubatan yang antara lainnya mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit Bipolar Disorder Jenis 1 sejak 2007.

Pada 7 Mac lalu, Yasin gagal kali kedua dalam permohonan representasi untuk mengkaji tiga pertuduhan berkaitan dadah yang dihadapinya.

Ia ditentukan berikutan Jabatan Peguam Negara menolak permohonan Yasin untuk mengkaji pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022.

Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memberi dirinya dadah berbahaya ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, tarikh sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

“JAGA TEPI KAIN KAU SENDIRI LA MAK CIK BAWANG ! CILAKA! HANAT!”- FARA MENDOZA MEROYAN LAGI!

Kali ini Fara Mendoza sekali lagi tampil memulakan tahun 2018 dengan isu panasnya memakai baju melihatkan payudaranya

Featured Wed, 6 Apr 2022
Featured Fri, 3 Feb 2023

[VIDEO] “Laki Kau Gatal! Ambil Hak Orang, Dia Yang Mengamuk” – Bawa Watak Penyondol, Gelagat Salina Saibi ‘Bertekak’ Dengan Zarina Zainuddin Cuit Hati Ramai

Fuhhhh serammmm ni! Zarina nak hempuk Salina dengan kasut tumit tinggi tuuu, habis la berlubang kepala 🤣🤪🤪

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

GERENTI ‘PECAH PERUT’, DRAMA SUAMIKU MAT PIUN BUKAN KOMEDI SYOK SENDIRI

Agak-agaknya bolehkah Pojie dan Nieza melepasi semua dugaan yang datang kepada mereka? Dapatkah Nieza menjalani kehidupan serba sederhana yang baru sahaja bermula?

Featured Wed, 13 Aug 2025

“Lupa Anak Saya Pelakon” – Ibu Anna Jobling Tampil Pertahankan Diri

Ariz menafikan dakwaan bahawa dia mengamuk selepas Anna dibawa keluar dari kereta pacuan empat roda oleh peguamnya.

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Trending Wed, 13 Jun 2018

Raya Ini, Sediakan Payung Sebelum Hujan!

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Bintulu, serta di Sabah iaitu Kudat dan Sandakan, menurut kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sesawang jabatan itu hari ini.

error: Content is protected !!