Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 23, 2023 @ 6:36pm

Jalaludin Hassan Dedah Punca Sakit, Kesal Tidak Ambil Serius – “Mulanya Saya Rasa Seperti Dah Pulih…”

Pelakon Datuk Jalaludin Hassan dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor sejak Rabu lalu akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.

Memetik laporan mStar, dia telah menahan sakit sejak seminggu lalu dan hanya mendapatkan nasihat daripada anak saudaranya yang merupakan seorang doktor.

Namun, penyakit itu tidak pulih sepenuhnya sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

“Sebenarnya sejak minggu lalu saya sudah mula rasa sakit pada bahagian pinggang. Awalnya saya hanya mendapatkan rawatan daripada anak saudara saya yang juga merupakan seorang doktor.

“Pada mulanya saya rasa seperti sudah pulih. Kencing pun dah tak sakit dan saya meneruskan pembabitan dalam Mega Spontan dan aktiviti kerja lain.

“Rupanya penyakit begini kena pergi ke hospital bukannya hanya buat rawatan biasa. Kemuncaknya Ahad lalu sakit ini menyerang semula sehingga saya perlu ke hospital,” katanya.

Menurutnya lagi, dia mengakui kesal dengan tindakannya yang tidak mengambil serius mengenai penyakit tersebut sehingga menjadi lebih mudarat.

“Silap saya juga kerana tidak memandang sakit ini secara serius. Anak saudara saya sudah minta saya ke hospital tetapi saya kata padanya saya masih banyak kerja perlu diselesaikan.

“Dia agak kecewalah dengan saya kerana penyakit-penyakit seperti ini tidak boleh hanya dirawat dengan makan ubat kerana itu hanya sementara,” ujarnya.

Mengulas tentang perkembangan terkini, Jalaludin memberitahu keadaannya semakin baik tetapi masih perlu menjalani beberapa prosedur rawatan lanjut.

Pada masa sama, dia turut sedih kerana tidak dapat menyertai rakan-rakan sepasukan lain dalam program realiti yang bersiaran pada malam Jumaat.

“Keadaan saya sekarang baik-baik sahaja dan sedang mengambil ubat antibiotik. Doktor juga akan membuat pemeriksaan untuk lihat keadaan anggota badan saya yang lain sama ada turut terkesan atau tidak.

“Buat masa ini, doktor menyarankan untuk saya berehat dahulu di Hospital untuk menerima rawatan selanjutnya,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Jan 2026
Hiburan Thu, 16 Sep 2021

Here Comes July Kongsi Semangat Anak Muda Pada Hari Malaysia

Kumpulan yang sedang meningkat naik, Here Comes July (HCJ) yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) berkongsi tentang semangat cinta […]

Hiburan Wed, 3 Jul 2024

Mengaku Trauma Bercinta… Sophia Albarakbah Suka Lelaki Jujur, Tak Curang

Siapa nak try Sophia Albarakbah ni make sure korang jujur & tak curang ok!

Featured Tue, 7 Sep 2021

Doa Ebit Lew Sahkan Spekulasi Kehamilan Intan Ladyana

Desas-desus mengenai kehamilan aktres Intan Ladyana, 39, bertiup kencang dalam kalangan peminat industri hiburan baru-baru ini. Nampaknya persoalan itu terjawab selepas pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) menitipkan doa buat anak dalam kandungan pelakon itu […]

Featured Tue, 26 Apr 2022

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 8 Apartmen

Polis kini sedang giat mencari lelaki yang sewa bersama mangsa untuk membantu siasatan.

error: Content is protected !!